Air Sungai Kesang Jernih Gila, Tapi AWAS! Tak Boleh Mandi Tau
Sejak PKP, Sungai Kesang, Melaka jadi viral gila sebab kejernihan dia sampaikan dasar sungai boleh nampak dari atas. Tambah pula dengan air berwarna hijau kebiruan, memang menggoda sungguh untuk orang ramai buat terjunan.
Tapi AWAS! Sungai Kesang ni tak boleh mandi tau. Hanya boleh dinikmati je pemandangannya. Sebab Jabatan Perhilitan Negeri Melaka telah mengeluarkan amaran adanya habitat buaya di sana.
Sejak tahun 2018 lagi, pengunung dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu habitat buaya-buaya tersebut, sebagai contoh mandi manda. Jangan sangka air yang tenang tiada buaya tau.
Sempena Sungai Kesang ni viral balik, Zee nak cerita sikitlah pasal perjanjian yang dah penduduk zaman dulu buat dengan buaya dekat sungai tersebut.
Kisah bermula bila seorang nelayan dikatakan telah menolong anak buaya yang tersangkut pada jaring. Disebabkan rasa terhutang budi, maka buaya-buaya dewasa dekat Sungai Kesang pun berjanji tak akan ganggu nelayan yang keluar untuk tangkap ikan di sana.
Pada awalnya, buaya yang tinggal di Sungai Kesang dianggarkan ada sebanyak 100 ekor dengan kepanjangan buaya dewasa ialah 2 meter. Bayangkan memang besar-besarlah buaya di sana. Tapi ada penduduk cerita, walaupun besar-besar, buaya tersebut tak pernah datang dekat sampan atau bot nelayan. Dorang cuma tengok je dari jauh dan lari bila bot mendekat.
Jadi nelayan pun rasa macam biasa jelah reptilia tu tak ganggu hidup dorang sampailah sekitar 2014/2015 yang mana telur buaya yang biasa nelayan nampak di kawasan hulu, tengah dan sempadan sungai Merlimau tak lagi kelihatan.
Nelayan jadi bimbang sebab buaya-buaya tu pun macam berubah sikap selepas habitat mereka berubah dengan projek pengairan yang dilakukan di kawasan Sungai Kesang. Bila habitat dah musnah, maka banyaklah buaya-buaya yang berlegar dekat kawasan berhampiran jeti.
Tak nak apa-apa buruk berlaku, Jabatan PERHILITAN pun pasanglah papan tanda amaran untuk orang ramai berjaga-jaga semasa melakukan riadah dekat sana.
Jadi kalau korang teringin nak tengok keindahan Sungai Kesang, Melaka, korang tengok jelah dari atas jambatan atau pun jeti. Jangan berani-berani turun ke sungai tau. Kalau apa-apa jadi, korang yang salah sebab PERHILITAN dah letak papan tanda amaran.