Sambil Baring Pun Boleh Buat, Ini 3 Senaman Mudah Kempiskan Perut
Kalau korang nekad nak kurus, dekat mana-mana pun tak ada masalah untuk kuruskan badan. Hatta sambil baring lepak-lepak atas katil pun korang boleh buat.
Serius beb. Tak percaya? Jom Zee ajar 3 senaman mudah yang boleh korang buat atas katil yang bagus untuk kempiskan perut.
1. Plank
Korang tahu tak, plank ni senaman yang memang efektif gila untuk kempiskan perut. Posisi untuk plank ni macam push up. Tapi kalau buat atas katil, jangan gunakan tangan untuk support badan korang. Sebaliknya gunakan lengan dengan cara laraskan lengan atas permukaan katil/tilam untuk lebih selamat.
Pastikan kaki korang lurus dan hold posisi ni dalam 30 saat. Kalau dapat lagi lama lagi bagus. Untuk permulaan tak perlu push kuat sangat posisi tu. Buat dalam 5 set yang mana setiap set pastikan korang take a break.
Plank ni bukan setakat bagus untuk kempiskan perut tapi juga kuatkan otot korang selain daripada baiki bentuk dan prestasi otot teras. Nak tahu macam mana nak buat perfect plank, korang boleh tengok video dekat bawah ni.
2. Kayuhan basikal
Untuk kayuhan basikal, korang boleh baring di kawasan rata. Pastikan posisi baring tu selesa. Lepas tu korang angkat kaki dan beranganlah macam korang kayuh basikal tapi basikalnya tak ada. Senang kan?
Kalau rasa kayuhan basikal korang bosan, korang boleh upgrade sikit dengan kayuhan kaki kanan hala ke kiri, kaki kiri hala ke kanan. Letakkan dua belah tangan dekat belakang kepala dan gerakkan posisi badan bertentangan dengan gerak kaki.
Untuk lebih faham, Zee letak video supaya korang boleh buat dengan cara yang betul. Key point senaman ni, korang kena berangan lebih sikit.
3. Push Up
Push up ada macam-macam jenis tau. Yang Zee nak share ni push up jenis vertical leg crunch. Senamannya sama je macam push up tapi posisi je lain.
Untuk vertical leg crunch ni, pastikan korang baring dalam keadaan rata dan angkat lurus kaki ke atas. Lepas tu letak dua tangan korang dekat belakang kepala dan angkat badan korang.
Mungkin untuk beginner, agak susah nak pastikan kaki lurus kan? Jadi Zee sarankan untuk korang luruskan kaki ke dinding. Tak pun minta jelah adik korang tolong pegangkan kaki korang tu. Jangan lupa kasi upah sikit tau. Adik-adik kalau tak rasuah nanti dorang buat kerja tak ikhlas. Yang ada adik tu mesti boleh relate kan dengan apa yang Zee cakap ni.
Bila dah power posisi dekat atas tu, korang boleh try pula posisi macam dekat bawah ni.
Ya, Zee tahu tak mudah untuk korang buat. Tapi rugilah kalau korang baring macam tu je tak ada buat apa-apa. Sementara tunggu tidur tu, boleh je buat kejap kan? Bila dah jadi amalan, confirm tak susah dah lepas ni.
Selamat mencuba!