Macam Dekat Bangkok, Melaka Ada Sediakan Teksi Air Sendiri Bermula Tahun Depan
Kalau pergi Bangkok, mesti kita tak lepaskan peluang naik teksi air yang disediakan di sana. Kalau nak tahu fungsi teksi air ini ialah untuk mengelak daripada kesesakan di jalan raya.
Jadi sesuai sangatlah kalau ada teksi air di Melaka, sebabnya Melaka selalu sangat jammed, terutamanya bila hujung minggu dan cuti umum.
Dikatakan bakal memulakan operasi seawalnya awal tahun 2021, teksi air ini dikatakan mampu menampung sehingga 12 orang penumpang dalam satu-satu masa.
Jumlah stesen hentian bagaimanapun masih lagi belum diputuskan, tapi jumlahnya bergantung kepada sambutan penumpang dan akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Dengan adanya teksi air ini, beberapa produk pelancongan baru akan dibangunkan bagi menarik lebih ramai lagi pelancong ke Melaka.
Mengikut perancangan, kawasan laluan adalah sepanjang 9.6km iaitu dari Melaka Sentral hingga ke muara Sungai Melaka, tapi semuanya bergantung pada status Projek Pembangunan Sungai Melaka Fasa Kedua yang mana akan melibatkan faktor kedalaman sungai dan penambahbaikan tebing di sepanjang laluan Sungai Melaka.
Memang seronoklah nak ke Melaka lepas ni. Kalau rindu nak naik teksi air, pergi je Melaka. Tak perlu sampai ke Bangkok.
Kredit gambar utama: Saya Anak Melaka