Bukan Dari China, Malaysia Kini Ada Face Mask Sendiri
Selagi vaksin wabak pandemik COVID-19 belum ditemui, sehingga itulah penduduk dunia perlukan face mask atau topeng muka sebagai item fesyen wajib sekiranya keluar dari rumah.
Disebabkan tiada pembekal topeng muka tempatan, Malaysia terpaksa bergantung kepada sumber import dari negara luar seperti China bagi mencukupkan bekalan pelindung diri rakyat.
Melihat kepada kebergantungan ini, syarikat milik tempatan, Durio PPE Sdn Bhd telah mengambil inisiatif menghasilkan topeng muka keluaran anak tempatan dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah daripada topeng muka yang diimport dari luar.
Menggunakan kualiti terbaik polipropilena 100%, gabungan terbaik daripada bahan kalis air, topeng muka yang dihasilkan syarikat tempatan ini berada dalam tahap kualiti tertinggi mampu memberikan keselesaan kepada orang ramai.
Sempena Hari Kebangsaan ke-63 negara dan Hari Malaysia yang akan datang, Durio PPE menyediakan topeng muka eksklusif dengan cetakan bendera Malaysia yang boleh dibeli dengan harga serendah RM29.95 di platform beli belah dalam talian iaitu Shopee dan Lazada.
Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak diharapkan untuk sokong barangan tempatan?
Jangan lupa, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dah umumkan pemakaian topeng muka kembali wajib dipakai di kawasan awam dan sesak bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak COVID-19 sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kredit gambar utama: Gula pop/Johor Now