Petua Kempiskan Perut Buncit Seawal 7 Hari
Masalah perut buncit boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, masalah perut buncit tidak mengenal jantina.
Buat kaum lelaki, katanya perut buncit itu tanda bahagia. Terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin. Dari atas sampai bawah isteri sediakan.
Bila perut dah buncit memang agak susah nak kempiskan balik. Tapi siapa kata mustahil? Kalau korang amalkan cara-cara ni, tak sampai seminggu dah boleh nampak hasil.
1. Sit-up setiap hari
Disiplinkan diri buat sit-up setiap hari. Paling kurang dalam satu sesi buat 10 kali. Bila dah rasa agak mampu, tambah bilangan sit-up dan masa untuk buat sit-up.
2. Kunyah makan dengan perlahan
Jangan makan dengan gelojoh. Biasakan diri makan perlahan-lahan. Kunyah sehingga makanan hancur barulah makanan ditelan. Adalah lebih baik ikut sunnah Nabi; kunyah makanan sebanyak 40 kali sebelum menelan supaya perut lebih senang untuk melakukan proses penghadaman.
3. Jogging setiap hari
Jangan hanya buat sit-up, tambahkan dengan rutin berjoging setiap hari. Pilihlah sama ada waktu pagi, petang atau malam asalkan anda melakukan pergerakan dan bukannya hanya duduk diam.
4. Banyakkan minum air
Banyakkan minum air tapi bukan air manis tau. Ramai yang salah anggap minum air dengan banyak boleh sebabkan perut jadi buncit. Yang salahnya minum air selepas makan. Nak elak perut buncit, banyakkan minum air sekurangnya 30 min sebelum makan. Banyak minum air penting untuk anda kekal hidrat sepanjang masa.
5. Air detox
Ada beberapa resepi air detox yang boleh korang cuba untuk kurangkan masalah perut buncit.
Antaranya:
- Air campuran limau nipis dan kapur sirih
- Air asam jawa
- Air teh cina dan limau nipis
- Air teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah
Amalkan setiap hari. Selain boleh hilangkan masalah perut buncit, badan pun rasa ringan je nak bergerak melakukan kerja harian.
Yang dah ada masalah perut buncit tu, bolehlah cuba cara di atas untuk dapatkan hasil seawal 7 hari. Yang mana masih langsing dan belum buncit, jagalah pemakanan korang supaya tak terseksa nanti bila nak kempiskan perut.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Sabah Post