3 Jenis Air Detox Untuk Kempiskan Perut
Masalah perut buncit sering berlaku tidak kiralah pada lelaki atau wanita. Jika lelaki, kadangkala buncit tu dah macam sinonim dengan dorang dan sering dikatakan sebagai mahkota. Tapi bagi perempuan pula, perut buncit ni dah macam sumpahan! Memalukan.
Nak dapatkan perut kempis mudah sahaja sebenarnya. Ada beberapa jenis air detox yang sangat berkesan untuk dapatkan perut sekempis Nora Danish.
1. Air detox lemon
Air detox lemon mampu membentuk enzim yang dapat melancarkan system penghadaman. Khasiat vitamin C yang tinggi bukan je dapat bantu membantu proses detoks tapi juga dapatkan kulit yang cantik dan mulus.
Caranya, rendam lemon yang sudah dihiris ke dalam air suam. Hiris lemon senipis yang boleh supaya khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar ke air rendaman. Tak ada lemon boleh je gantikan dengan limau kasturi atau limau nipis.
2. Air detox halia
Halia ni bagus sangat untuk buang segala angin dalam badan. Masalah kejang, kembung perut dan sembelit semua boleh selesai dengan minum air halia. Caranya rendam hirisan nipis halia ke dalam air. Biarkan sekejap. Nak minum teh letak halia pun sedap.
Tapi hati-hati, minum halia ni banyak buang angin tau. Kena tengok sekeliling sebelum melepas. Kalau tak maluu.
3. Air detox Kulit kayu manis
Kalau tak boleh nak minum air rendaman kulit kayu manis semata, cuba variasikan. Contohnya letak kayu manis dalam air hirisan lemon atau buah-buahan lain ke. Dalam kayu manis adanya sumber kalium, kalsium, magnesium dan zat besi. Jadi memang banyak manfaat yang boleh didapati daripada air rebusan kayu manis ni.
Minum air detox ni salah satu cara untuk dapatkan perut kempis. Tapi kenalah sekalikan dengan usaha iaitu bersenam. Lagilah cepat nampak hasilnya.
Kredit gambar utama: Maskulin