Lelaki berusia lagi menarik?
Senang cakap ramai wanita sekarang ni, lebih banyak yang memilih untuk bersama dengan pasangan dari kalangan lelaki yang lebih berusia berbanding dengan pasangan yang sebaya atau lebih kurang je jarak umurnya. Sebab kebanyakan lelaki yang lebih berusia ni lebih matang dan romantik. Mungkin sebab dorang dah banyak pengalaman, kurang la nak mengadap drama dari hal-hal kecil yang kadang-kadang tu tak perlu pun.
Neelofa sendiri pun pernah mengakui dia mahukan teman hidup yang matang.
“Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripada saya namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan, saya sebenarnya lebih gemar lelaki matang serta mempunyai keperibadian yang tinggi” katanya dipetik daripada Utusan Online.
Matang
Reason utama semestinya lebih matang. Sifat matang yang memang dah ada bila seseorang lelaki semakin bertambahnya umur, keputusan yang dibuat tidak mengikut emosi. Dorang banyak pikir dulu sebelum cakap sesuatu. Tau macam mana nak handle sesuatu masalah tak melibatkan emosi.
Romantik
Bukan nak cakap lelaki muda tidak romantik, cuma lelaki bila dia lebih berusia ni personaliti dia lain sikit . Lebih romantik dan penyayang. Sikap sebenar seorang lelaki yang diidamkan ditonjolkan oleh lelaki berusia lebih relax dan bersederhana. Walaupun sekadar tari kerusi di meja makan, bukakkan pintu kereta, bagi bunga. Nampak macam benda biasa je tapi dah boleh mencairkan hati wanita
Tak Cuba Ubah Wanita
Lelaki berusia ni jarang melihat pada rupa, lebih banyak yang mementingkan apa di dalamnya, personality dan siapa wanita tu sebenarnya nya. Jadi wanita lebih bebas untuk bersederhana, tak payah nak makeup tebal-tebal pakai kasut tinggi hari-hari. Mereka membantu wanita muda mencari dan menjadi siapa diri mereka yang sebenar tanpa mengubahnya.
Senang Berkomunikasi
Wanita pada azali pun memang suka bercakap dan dengar orang lain bercakap. Bila dengan lelaki lebih berusia ini, macam-macam topik dapat dibincangkan bersama. Kerana mereka lebih banyak pengetahuan yang lebih meluas. Pendapat dengan nasihat yang diberikan pun senang untuk diterima.
Lebih Menghargai
Perbezaan yang biasa kita dapat tengok dekat lelaki muda dan yang berusia, mereka ni lebih tau menghargai wanita. Mungkin sebab dorang lebih banyak pengalaman dari yang muda, lebih tau apa yang wanita suka dan tak suka. Kalau perempuan tanya soalan-soalan sensitif untuk wanita tu sendiri dorang pun boleh layan je. Contoh bila perempuan tnya saya gemuk ke?, sayang saya tak? tanya la beribu kali pun dorang tetap layan dengan tenang.
Nak ikut kan bukan sebab stabil je perempuan tu pilih lelaki lebih berusia banyak je sebab lain. Pokok pangkal tanya hati siapa yang nanti mampu jaga kita andai kata suatu hari nanti kita dah tak berdaya lagi.