5 manfaat jus tomato untuk kesihatan
Waaaahh tak sangka Cik Tin yang buah tomato ni sebenarnya sangatlah banyak khasiatnya. Ingatkan terhad untuk mencantikkan wajah sahaja!
Yelah kalau dengar tomato je mesti untuk melicinkan wajah. Kali ni meh Cik Tin share dengan uols apa kelebihan dan kebaikan jus tomato.
1. Mengurangkan risiko diabetes
Jus tomato memiliki kadar karbohidrat yang rendah, iaitu sekitar 4 gram dalam setiap 100 gram tomato. Bukan hanya mengurangkan risiko diabetes, ia juga berkesan untuk membasmi risiko penyakit jantung dan pembuluh darah.
2. Menurunkan tekanan darah
Tekanan darah dapat diturunkan dengan mengambil ubat anti-hipertensi, tetapi tak ada salahnya kalau korang cuba jus tomato sebagai alternatif bahan semula jadi untuk menurunkan tekanan darah, kan? Cuba minum jus tomato setiap hari, pasti tekanan darah korang akan jadi lebih baik.
3. Menurunkan kadar kolesterol
Vitamin B3 yang terdapat dalam tomato mampu menurunkan 10% kadar kolestrol, tetapi korang kena minum sekurang-kurangnya dua kali sehari.
4. Detoks!
Kandungan klorin dan sulfur dalam jus tomato dapat membuang toksik serta membantu hati dan ginjal supaya dapat berfungsi dengan baik.
5. Jadikan rambut lebih bersinar
Nak rambut bak model iklan syampu? Jus tomato jawapannya! Ya, kandungan zat besi dan vitamin yang terdapat dalam jus tomato boleh menyinarkan rambut supaya tak kelihatan kusam, dan mengawal rambut gugur dan menebalkan rambut.
Okay so bukak puasa ni bolehlah minum jus tomato! Selamat mencuba girls!