Minum jus limau nipis setiap hari bikin langsing
Ada yang tengah plan nak kahwin ke hujung tahun ni dan rasa diet korang tu dah makin ke laut? Haha takpe Cik Tin faham, memang susah nak kawal selera makan kita ni. Nak bersenam untuk langsing, lagilah rasa malas ye dok?
So, haritu Cik Tin terjumpalah tips ni daripada seoRang doktor iaitu Dr Sayid Ayod Sayid Mustafa Al-Qudri. Kata beliau, cara paling mudah menurunkan berat badan adalah dengan mengambil jus limau nipis setiap hari.
Wahh berita baik ni. Jus limau nipis mempunyai pelbagai khasiat antaranya dapat meningkatkan metabolisma badan terutama jika diambil pada waktu pagi.
Vitamin C daripada limau nipis juga membantu meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan. Pengambilan air limau nipis sebelum senaman dapat membakar lemak 30 peratus lebih banyak berbanding individu yang tidak mengambil air itu.
Cara penyediaannya, perah 2 atau 3 biji limau nipis ke dalam air kosong tanpa gula. Disyorkan minum sebelum waktu makan.
Limau nipis mengandungi sumber vitamin A, B, C dan D, kalsium, kalium, magnesium, fosforus dan zat besi. Ia juga kaya dengan flavonoid yang sangat baik untuk kesihatan salur darah.
Benefit lain limau nipis ni pulak termasuklah:
1. Tingkatkan sistem imunisasi
Antioksidan membantu melindungi badan daripada kerosakan badan dan mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, kolesterol dan darah tinggi. Juga mempunyai flavonoid yang boleh membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Limau nipis mengandungi kandungan magnesium dan kalium yang baik untuk kesihatan jantung. Ia juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang menjadi penyumbang utama serangan jantung.
3. Mencantikkan kulit
Kaya dengan vitamin C yang boleh menguatkan struktur kolagen dan membantu penghasilan kolagen dalam badan. Ini kerana, badan akan kehilangan 1.5 peratus kolagen bermula umur 25 tahun.
4. Elak masalah keradangan
Penyakit sendi, antara contoh penyakit yang berpunca daripada keradangan. Kajian juga mendapati individu yang kurang vitamin C mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mengalami sakit sendi (arthritis). Bukan sahaja membantu mengurangkan kemerosotan sendi, tapi baik untuk menurunkan kandungan asid urik dalam badan.
5. Lancarkan penghadaman
Kandungan flavonoid dalam limau nipis dapat merangsang penghasilan enzim penghadaman. Sebaik-baiknya amalkan air limau nipis sebelum makan. Juga boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai masalah asid refluks. Disyorkan mengambil 2 sudu teh perahan limau nipis bersama air kosong setengah jam sebelum makan.
So bolehlah cuba sekarang kan.