Tanda ‘Red Flag’ boyfriend korang tak serius
Korang dah lama bercinta and terfikir, kenapa lah boyfriend aku ni tak lamar2 aku lagi? Hmm Cik Tin ada jawapan dia. Dia tak bersedia! Tapi, korang pun wonder, macam mana nak tahu dia bersedia ke tak?
Haaa tak payah wonder lagi dah. Meh tengok sini. Kalau boyfriend korang tu ada 5 tanda2 ni, pesan Cik Tin is, run! Run for your life, girls.
Asyik ubah rancangan
Jika ‘mamat ni’ asyik menukar jadual, awas! Nampak sangat dia tak mendahulukan uols. Fikirkan begini, kenapa pula dia nak berikan komitmen hidup kepada korang kalau benda kecik macam ajak dating pun asyik cancel? Jelas sekali, dia tidak bersedia.
Belum kenalkan korang dengan keluarganya
Betullah lelaki suka ambil masa sebelum memperkenalkan korang kepada ibu bapanya. Tapi pernah tak korang diperkenalkan kepada sepupu dia yang paling rapat? Atau dia ajak korang sertai gathering dengan adik lelakinya yang paling rapat? Belum? Jeng jeng jeng… Memang dia belum bersedia untuk jadi suami korang. Ooops.
Belum apa-apa dah ajak kahwin
Haaa kalau ajak kahwin awal sangat ni, memang red flag! Jangan feeling pulak kata dia serious tau. No no no. Sebab biasanya kalau dah ajak kahwin, tiba2 dia akan senyap seribu bahasa. Tu maknanya dia seronok mengejar sahaja, taknak kahwin pun.
Dia baru putus cinta
Janganlah terlalu mengharap untuk si dia berikan komitmen serius kepada hubungan baru kalian, apatah lagi jika dia putus cinta dengan agak frust ‘menonggeng’ pula tu. Walaupun dalam sesetengah kes boleh saja ia menjadi perhubungan yang berjaya untuk kali kedua, tetapi jarang-jarang jadi kenyataan.
Dia memang cakap dia tak bersedia
Kita perempuan ni selalu rasa kita boleh ubah lelaki tapi salah ya. Kalau dah dia cakap dia tak bersedia, lari jauh2 dan jangan berharap lagi dah. Move on! Banyak lagi lelaki lain yang sudi nak jadikan korang isteri dia okay.