Khasiat minyak zaitun jika diminum masa perut kosong
Minyak zaitun atau olive oil ni bukan takat guna nak masak je tau, rupanya ia banyak manfaat kesihatan. Antaranya termasuklah mencantikkan kulit, melembutkan rambut dan juga menguatkan kuku.
Rupanya, minyak zaitun ni ada manfaat diambil masa perut kosong tau. Haaa sesuai sangatlah kan masa bulan puasa ni. Jadi jom kita tengok apa khasiat minyak zaitun ni pada kesihatan tubuh.
Menurunkan berat badan
Bagi yang ingin menjaga berat badan, maka minum satu sudu minyak zaitun di waktu pagi setiap hari adalah cara mudah dan selamat untuk korang menurunkan berat badan. Tambahan lagi, minyak zaitun kaya dengan asid lemak yang merupakan jenis lemak baik dan memberi uols rasa kenyang. Ia sesuai digunakan sebagai pengganti mentega atau keju sewaktu sarapan pagi!
Melindungi otak
Minyak zaitun membekalkan 20 peratus jumlah oksigen yang diperlukan oleh otak untuk melindungi dari radikal bebas. Minyak zaitun juga boleh mengekang memori pesakit alzheimer dan masalah mental dari menurun.
Minyak zaitun juga berupaya meningkatkan ingatan dan juga berupaya menurunkan tekanan atau depresi individu. Oleh itu, minyak zaitun adalah ubat terbaik untuk meningkatkan ingatan dan menghilangkan rasa tertekan.
Mengurangkan radang
Minyak zaitun bertindak seperti ibuprofen yang berupaya mengurangkan masalah radang yang dihadapi manusia. Kajian mendapati pengambilan 3.4 sudu minyak zaitun memberi kesan sebanyak 10 peratus penggunaan dos ibuprofen pada tubuh.
Penggunaan minyak zaitun lebih baik dari ibuprofen kerana ia bersifat semula jadi dan tidak berbahaya kepada kesihatan kita.
Menyembuhkan usus besar
Minyak zaitun juga berupaya melindungi sel daripada risiko penyakit kanser, ia juga mampu meningkatkan keupayaan kolon dan memberi kelegaan daripada diserang rasa sakit sembelit. Jadi jika kamu ingin melindungi kolon atau usus kamu, maka minyak zaitun adalah ubat terbaik untuk kamu gunakan.
Mengawal tahap gula dalam darah
Nak turunkan tahap gula dalam darah? Minum minyak zaitun! Minyak zaitun bukan saja boleh menurunkan kolesterol, malah ia juga mampu menurunkan jumlah glukos dalam darah. Ini bermakna minyak zaitun juga sangat berguna buat individu yang mempunyai penyakit diabetes dan masalah sistem kardiovaskular.