Nak kilatkan rambut? Cuci dengan air teh hijau!
Wanita ni memang sentiasa tercari-cari tips penjagaan rambut dari internet bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan lembut bersinar. Haa macam tips yang Cik Tin jumpa baru-baru ni lah iaitu rambut bersinar jika dicuci dengan air teh hijau! Wow menariknya! Ni Cik Tin belum pernah dengar ni.
Sifat antioksidannya menjadikan kunci rambut bersinar dan bouncy. Teh hijau juga membantu mencegah keguguran rambut dan kelemumur. Jadi macam mana cara betul nak basuh rambut guna teh hijau ni?
Caranya dalam mangkuk, masukkan dua hingga tiga cawan air panas dan rendam tiga uncang teh hijau di dalam air panas tersebut.
Biarkan sehingga sejuk selama beberapa minit. Kemudian, gunakan air teh sebagai bilas terakhir untuk rambut korang selepas syampu dan perapi.
Urut perlahan-lahan kulit kepala korang selama beberapa minit agar peredaran darah berjalan lancar, kemudian bilas dengan air.
Korang disyorkan mengulangi proses ini setiap satu hingga dua minggu untuk meningkatkan volume dan kilauan rambut.
Wah tak sabar Cik Tin nak cuba!