5 kebaikan berbuka puasa dengan air kelapa
Kalau korang perasan, air kelapa adalah salah satu minuman yang paling laris dijual di bazar Ramadhan. Pernah wonder tak kenapa?
Selain lebih menyegarkan untuk menghilangkan rasa dahaga ketika berbuka, korang mungkin tak tahu bahawa minuman ini juga punya banyak kebaikan untuk kesihatan.
Ketika musim panas di bulan Ramadhan ini, manfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka untuk mengembalikan suhu badan ke paras normal. Air kelapa mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, kalium dan fruktosa (gula semulajadi buah), berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan.
Ni 5 khasiat air kelapa yang boleh korang dapat kalau minum air ni masa berbuka :
1. Mengalakkan hidrasi
Menurut kajian, air kelapa mampu menghidrasi tubuh badan lebih baik daripada minuman isotonik dan air putih. Jadi sudah tentu ia akan menjadi pilihan minuman yang baik setelah seharian berpuasa.
2. Membantu menurunkan berat badan
Kandungan lemak dalam air kelapa adalah sangat rendah selain secara semulajadi dapat menyekat selera makan dan membuatkan uols berasa kenyang.
3. Menyumbang kepada kulit yang cantik
Membersihkan wajah dengan air kelapa dikatakan dapat merawat masalah kulit seperti jerawat dan cela, melembapkan kulit dan mengatasi masalah kulit berminyak.
4. Memudahkan penghadaman
Ia tinggi dengan kandungan serat dan membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.
5. Mengawal tekanan darah
Sama juga seperti khasiat buah tembikai, kandungan elektrolit dalam air kelapa juga mampu mengawal tekanan darah.