5 benda korang boleh buat sepanjang Ramadhan
Pejam celik pejam celik dah nak dekat seminggu dah kita berpuasa. Tak lama lagi nak raya dah. Memandangkan kita sambut Ramadhan dalam PKP tahun ni, maka korang mesti dah bosan gila kan dekat rumah?
Takpe harini Miss Gigi share apa aktiviti yang korang boleh buat sepanjang Ramadhan ya.
1. Buat Ramadhan checklist
Cara ini mudah untuk korang tengok matlamat yang hendak dicapai sepanjang bulan Ramadhan, untuk meningkatkan amalan baik dan mengurangkan tabiat yang mahu disingkirkan. Korang boleh buat notes dan pantau apa yang dah dibuat dan belum dibuat dari situ.
2. Workout
Sebelum sahur, korang boleh lakukan pilates ke yoga ke atau senaman ringan untuk sentiasa cerdaskan minda. Atau, selepas beberapa jam berbuka puasa. Badan akan rasa segar sangat!
3. Cuba resipi baru dan sihat
Kalau korang tak nak ulangi resepi juadah berbuka puasa seperti bulan-bulan Ramadhan sebelum ini, korang boleh je buat resepi sihat dan enak sepanjang Ramadhan. Banyak resepi menarik di Youtube yang boleh dicuba!
4. E-bazar Ramadhan
Secara fizikalnya, bazar Ramadhan kali ini tidak disambut seperti biasa buat pertama kalinya atas sebab wabak pandemik. Mungkin agak janggal apabila korang tidak turun ke bazar tahun ini, tapi korang masih boleh nikmati juadah Ramadhan melalui atas talian. Macam Miss Gigi haritu, sempat jugalah order daging salai masak lemak cili api untuk juadah berbuka. Teringin punya pasal!
5. Beli-belah atas talian
Kini, sudah menjadi satu kebiasaan di mana individu gemar membeli busana di atas talian. Mungkin semangat berbeza sikit jika membeli-belah secara fizikal. Tapi, itu tak bermaksud ia akan mematahkan hasrat korang untuk merancang dalam memilih pakaian raya yang cantik dan menawan Aidilfitri nanti.