Fakta ‘gila’ dari siri Netflix Money Heist
Cik Tin baru habis tengok empat-empat season cerita Money Heist di Netflix. Maklumlah sepanjang PKP ni itu aje lah hiburan yang ada kan dan omg I love siri tu! Siapa yang belum terjebak silakan tengok sebab korang pun mesti akan suka dan puji jalan cerita menarik macam tu.
Hari ni Cik Tin nak share dengan korang fakta menarik tentang siri Money Heist ni yang akan buatkan korang terperanjat!
Siri ini hampir ‘gagal’ sebelum ditayangkan di Netflix
Masa siri pertama ia ditayangkan di Spain, siri ini yang juga dikenali sebagai La Casa de Papel nampak bagus tapi lama-kelamaan jumlah penontonnya jatuh. So, Netflix pun ambil alih siri ni dan ditukar nama kepada Money Heist dan terus siri ni dapat sambutan!
Skrip ditulis semasa difilemkan!
Wah really? Okay disebabkan jalan cerita siri ni sangatlah A plus, ramai yang menyangka ia dihasilkan awal betul tak? Salah ya, skrip dan jalan cerita siri ni difikirkan dan ditulis semasa diorang tengah filemkannya. So, bila pengarah dia nampak sesuatu yang menarik semasa penggambaran sedang berlangsung, dia terus ambil benda tu sebagai jalan cerita. Interesting!
Stephen King dan Neymar antara peminat siri ni
Siapa je tak kenal penulis Stephen King dan pemain bola sepak Brazil Neymar? Haaa diorang dua orang ni antara peminat besar siri ni tau.
Siri paling banyak ditonton di 6 buah negara
Money Heist merupakan siri paling ramai penonton di 6 buah negara iaitu Perancis, Portugal, Argentina, Brazil, Itali dan Chile.
Part 3 dan 4 nampak sangat real
Okay spoiler sikit. Part 3 dan 4 adalah rompakan di Bank of Spain. Menariknya, ia nampak macam sangat-sangat real memandangkan pihak produksi betul2 buat kajian macam mana keadaan dalam bank tersebut.