Jangka hayat produk harian yang korang perlu tahu
Siapa dekat sini yang sama macam Cik Tin, akan pakai je sesuatu barang tu sampai lah ia rosak atau reput? Okay sebenarnya perangai ni tak bagus sebab semua barang-barang ada tarikh luputnya dan dah perlu dibuang bila tiba masanya.
So sini Cik Tin share beberapa barang essential yang korang ada dan jangka hayat dia.
Bantal
Bukan saja korang kena tukar alas bantal dan katil seminggu sekali, bantal itu sendiri hanya bertahan untuk dua hingga tiga tahun saja. Kalau korang masih nak menggunakannya selepas itu, jangan merungut jika kulit wajah korang rosak akibat bakteria! Apatah lagi habuk mudah meresap ke dalam kekabu bantal. Kalau tidak ingat bila korang beli, sila tukar yang baru bila bantal sudah mula kepam dan berbau hapak.
Span
Jangan sesekali menggunakan span yang lembap ke wajah dan tubuh korang. Sila perah dan keringkan sebelum menggantungnya. Bakteria cepat membiak pada permukaan lembap seperti span. Jangka hayat span – dua hingga tiga minggu saja! Alamak, banyak span yang Cik Tin dah simpan lama dah tu!
Tuala Mandi
Tuala mandi adalah alat kebersihan paling utama. Basuh tuala mandi uols selepas dua hari. Pastikan korang ada tiga hingga empat helai tuala berlainan. Paling penting, tuala mandi hanya bertahan selama tiga tahun sahaja. Selepas itu uols boleh gunakan sebagai kain membersih di dapur.
Berus makeup
Antara punca jerawat timbul di wajah adalah kerana berus solekan yang kotor. Jangan amalkan berkongsi berus makeup tau. Basuh seminggu sekali dan keringkan dahulu sebelum digunakan. Berus solekan boleh digunakan paling lama hanya tiga bulan.
Pakaian Dalam
Bra akan berubah saiz dan menjadi longgar selepas puluhan kali cucian. Jangan ragu-ragu membuangnya kerana ia akan mengganggu keselesaan dan struktur fizikal payudara. Yang paling penting, oles losen di bahagian payudara sebelum memakai bra. Ini membantu kulit uols tidak rosak kerana perpeluhan.