Apa yang korang perlu tahu sebelum guna face oil
Hi girls. Okay Miss Gigi sebagai seorang wanita yang memiliki kulit berminyak memang sangat takutkan face oil. Yelah kalau dah kulit ni berminyak macam dah boleh goreng ikan, takkan nak letak mintak lagi kan?
Tapi sebenarnya pakar kulit kata face oil ni elok tau untuk semua jenis kulit termasuklah jenis kulit berminyak.
So sini Miss Gigi nak share apa yang korang kena tahu sebelum mula tambahkan face oil dalam rutin penjagaan kulit.
Jenis kulit
Bukan semua face oil boleh tepek dekat muka, tau! Minyak selamat dan paling universal yang boleh letak dekat muka ialah squalane, argan, dan jojoba oils.
Masih kena guna pelembap wajah
Ada yang berpendapat atau buat peraturan sendiri yang kalau dah pakai minyak pada muka, tak perlu pakai pelembap wajah. Salah sebenarnya. Ya, korang masih perlukan pelembap. Minyak bukanlah humectant kerana tidak menyerap sebaiknya pada kulit so masih kena pakai pelembap ya.
Waktu untuk gunakan face oil
Waktu terbaik ialah selepas habis semua rutin penjagaan wajah korang. Minyak sepatutnya diletakkan sebagai layer terakhir sebab ia berfungsi untuk menutup semua benda yang dah diletakkan pada wajah.
Lepas baca ni, Miss Gigi harap korang tak risau nak letak minyak dah pada wajah. Minyak ni membantu menganjalkan dan melembapkan kulit tau, jadi boleh mula tambahkan jenis minyak yang sesuai dalam rutin penjagaan wajah. Selamat mencuba!