Kit Covid-19? Doktor pertikai, kata kit tersebut tidak sah
Cik Tin tak fahamlah, dalam kita sedang dilanda krisis dunia iaitu sejenis virus pandemik macam ni, masih ada yang ambil kesempatan atas individu lain dengan menjual sesuatu yang tidak berfaedah.
Contohnya, macam kit pengesan Covid-19 yang kononnya boleh mengesan virus itu tanpa perlu pergi ke hospital.
Aduhai korang. Benda macam ni takkan lah Cik Tin nak explain jugak? Korang dah besar panjang kan, dah boleh fikir sendiri.
Ceritanya begini. Ada seorang individu ni yang juga merupakan seorang instafamous ni mendakwa dia ada alatan menguji virus Covid-19 ni secara online.
Maka, dia pun iklankanlah produk dia tu di instagram dan mendapat sambutan ramai.
Kiranya, kalau beli dan uji sendiri di rumah tak perlulah bersesak-sesak di hospital dan merisikokan diri terkena virus tersbeut ye dok?
Satu kit tu dijual dengan harga RM75.
Tapi, nasib baik status tersebut mendapat perhatian seorang doktor popular di Twitter iaitu Dr. Nimelesh Balanthiren yang memang Cik Tin suka lah sebab sentiasa menyalurkan info-info kesihatan yang sahih dan padu.
Kata Dr. Nimelesh, perkara-perkara macam kit ni tidak disahkan oleh KKM dan boleh jadi ia menghasilkan keputusan yang tidak tepat.
Haaaa tak ke bahaya tu?
“Tolong, kalau anda syaki anda mengalami gejala Covid-19, terus pergi ke hospital berdekatan,” tulisnya.
Nimalesh menyatakan di threadnya, instafamous yang juga merupakan seorang pelakon itu telah pun memadam status tersebut dan turut membuat permohonan maaf menerusi live Instagramnya.
Namun, Nimalesh sebelum itu memaklumkan telah memanjangkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Tambah Nimalesh, setakat ini tiada alat penguji seperti itu diluluskan KKM.
Makanya, janganlah korang percaya benda-benda gini.
Ada pengguna mempersoalkan harga alatan yang dijual jauh lebih murah dan membidas pihak yang menangguk di air keruh.
“Murah macam tu ke? Tolonglah… kita perlu bayar RM600 di hospital swasta dan saya dapat tahu alat seperti itu sebenarnya beratus juga harganya.
“Ingat kerajaan sengaja ke suntik jutaan ringgit untuk Covid-19,” tulis seorang lagi warga net, Nabihan Shahidan yang turut beremosi terhadap penjual cecair pembasmi kuman tangan palsu.
Haih macam-macam. Jadi, korang, Cik Tin nasihat sangat-sangat tolonglah make sure korang baca dan hanya ambil info daripada sumber yang sah.
Pergi follow Twitter KKM tu sebab situ je ada info betul, okay?