Tips rambut maintain wangi
![](https://santaisini.com/wp-content/uploads/2020/03/rambut-1.jpg)
![A person posing for a picture
Description automatically generated](https://santaisini.com/wp-content/uploads/2020/03/1-1-1024x819.jpg)
Kita wanita berhijab ni walaupun berhijab, kena lah sentiasa pastikan rambut kekal terturus dan wangi. Yelah, kalau dah seharian rambut tu terkurung dalam kepala, tak ke mudah untuk ia jadi berbau? So, kenalah elakkan betul tak?
So harini Sis Tina akan share dengan korang tips menjaga rambut supaya sentiasa wangi. Tak susah pun, cuma kena konsisten okay?
1. Cuci rambut setiap dua hari sekali
![A picture containing clothing, person, ground
Description automatically generated](https://santaisini.com/wp-content/uploads/2020/03/2-1024x683.jpg)
Cara ni sangat berguna untuk menjaga kadar minyak yang ada di kulit kepala. Kerap mencuci rambut akan membantu mengurangkan kadar pengeluaran minyak di kulit kepala yang menjadi punca rambut gugur, berbau dan kelemumur. Rambut yang lembab selalunya dapat mempertahankan wangi shampoo di rambut lebih lama. Gunakan conditioner untuk memastikan wangian lebih tahan lama dan rambut mudah diurus.
2. Ganti sarung bantal
![](https://santaisini.com/wp-content/uploads/2020/03/3-1-1024x681.jpg)
Sarung bantal merupakan benda yang paling kerap bersentuhan dengan rambut. Yelah, bila kita tidur tu, rambut kita ni memerangkap kotoran yang ada maka jadilah rambut berbau. Sebaiknya, rajin-rajinkanlah diri mengganti sarung bantal setiap minggu atau bila merasakan sarung bantal mula berbau, kotor atau lembab.
3. Cuci sikat
![A close up of a tool
Description automatically generated](https://santaisini.com/wp-content/uploads/2020/03/4-1024x576.jpg)
Haaa Sis Tina yakin ramai dekat sini yang tak pernah cuci sikat kan? Alamak, silap besar tu! Sikat sering digunakan untuk memastikan rambut lebih mudah diurus. Jadi sikat perlu sentiasa dalam keadaan bersih sebelum dipakai terutamanya kalau kita berkongsi sikat tersebut dengan orang lain. Tips lain dari Sis Tina, boleh letakkan perapi rambut tanpa bilas di sikat, lalu sikat rambut seperti biasa. Tips ni jadikan rambut lebih mudah diurus dan wangi!
4. Gunakan Masker Rambut
![A person posing for the camera
Description automatically generated](https://santaisini.com/wp-content/uploads/2020/03/5-1024x576.jpg)
Okay so I have recently discovered hair mask dan yes ia sangat membantu wangikan rambut. Kalau ada sale dekat farmasi tu, Sis Tina memang akan borong! Hehe. Masker rambut sangat bagus kerana dapat membekalkan nutrisi pada akar dan hujung rambut. Gunakan masker rambut sekurang-kurangkan sekali seminggu. Banyak masker rambut yang dah dijual sekarang ni. Tak perlu semata ke salon rambut untuk buat rawatan masker ni tapi buat sahaja di rumah.
5. Perahan jus lemon
![A picture containing cup, table, coffee, food
Description automatically generated](https://santaisini.com/wp-content/uploads/2020/03/6-1024x1024.jpg)
Buah lemon adalah sejenis buah yang memiliki bau yang wangi dan menyegarkan. Terbukti bila kebanyakan shampoo yang ada di pasaran banyak gunakan lemon sebagai bahan bahan haruman semulajadi. Perah lemon untuk mendapatkan jus lemon dan sapu pada rambut secara menyeluruh. Biarkan beberapa saat dan kemudian baru bilas. Percayalah, rambut korang bau wangi sangat dan segar je rasa.
Haaa so jomlah cuba teknik ni untuk wangikan rambut uols.