Kulit bersih, flawless ala Mira Filzah
Siapa je tak kenal kelibat pelakon wanita cantik ini? Popularitinya dikatakan semakin menjadi-jadi semenjak dua menjak ni, ditambah pula dengan statusnya kini yang dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya pada Oktober tahun ini. Wow Cik Tin memang tumpang happy sangat untuk pelakon ni sebab Cik Tin memang minat dengan dia.
Tapi harini kita bukan nak cerita pasal percintaan Mira ni, Cik Tin nak cakap pasal rahsia kecantikan dan macam mana nak miliki kulit cantik macam Mira. Cik Tin pernahlah jumpa Mira ni sekali, muka dia polos je takde mekap tapi cantik sangat, kulit dia bersih je.
So mehlah kita tengok tips ni.
1. Bersihkan Muka Dengan Micellar Water
Kalau korang balik dari kerja or event, benda pertama yang korang kena buat semestinya bersihkan muka dengan micellar water. Micellar water ni korang wajib guna untuk menanggalkan sisa makeup dan mengekalkan kelembapan kulit muka. So, ni antara tips Mira Filzah buat untuk pastikan wajah kekal besih.
2. Sentiasa Scrub
Jangan lupa scrub muka 3 kali seminggu untuk menyegarkan kulit wajah korang. Skrub membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membantu wajah jadi lembut dan glowing. Rasanya korang perasan je kan kesan menakjubkan daripada skrub wajah ni hehe so jangan lupa skrub!
3. Pakai Pelembap Muka
Langkah ini memang wajib dan korang tak boleh skip. Bila dah pakai scrub, korang wajib pakai moisturizer untuk melembutkan kulit wajah dan membantu seimbangkan ph kulit. Ingat, kulit yang lembab memang lagi cantik daripada kulit yang kering ya.
4. Mask
Ya, inilah rahsia untuk kulit muka korang sentiasa nampak glowing dan fresh. Mira kata, dia tak pernah melakukan apa-apa suntikan ke apa pada wajahnya dan antara langkah kecantikan yang dia selalu buat ialah pakai mask. Haa Cik Tin setuju part pakai mask ni sebab bila Cik Tin buat, memang menjadi. Tak kisah lah jenis sheet mask atau jenis mask yang biar dekat muka semalaman tu.
Okay done! So selamat mencuba!
Nak baca lagi?
Cuci muka guna air sejuk dan panas kunci kulit cantik Kiko Mizuhara