Bunuh jiran sebab terpengaruh babak filem
Aduhai sakit kepala Miss Gigi bila fikirkan betapa mudahnya seorang remaja terpengaruh dengan apa yang ditontonnya. Sebab itulah pentingnya untuk kita tapis jenis cerita dan content yang ada di televisyen dan juga internet. Kisah Miss Gigi baca daripada laporan akhbar Harian Metro ni seram dan ia berlaku dekat negara jiran kita je iaitu Indonesia.
Sumber : Harian Metro
Seorang remaja perempuan tergamak membunuh kanak-kanak berumur enam tahun dipercayai kerana terpengaruh dengan babak ngeri dalam filem seram kegemarannya.
CNN Indonesia melaporkan suspek yang berusia 15 tahun itu membunuh budak perempuan itu di sebuah rumah dekat kawasan Sawah Besar.
Ketika kejadian, suspek dilaporkan meminta bantuan mangsa untuk mengambil alat permainan yang terjatuh di dalam tab mandi.
Dia kemudian bertindak membunuhnya sebelum menyembunyikan mayat mangsa di dalam almari.
Bagaimanapun, suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Deerah Metro Taman Sari Jakarta Barat.
Ketika itu, dia dalam perjalanan ke sekolah.
Suspek berkata, dia tidak menyesal sebaliknya puas kerana dapat membunuh mangsa yang juga jirannya.
“Pelaku dalam keadaan sedar mengakui membunuh dan tidak menyesal tetapi puas dengan perbuatannya itu.
“Namun, siasatan lanjut perlu dijalankan dengan bantuan pakar psikiatri bagi memeriksa sama ada suspek mempunyai masalah jiwa atau sebaliknya,” kata Ketua Polis Jakarta Pusat, Komisaris Besar Heru Navianto.
Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Yusri Yunus berkata, suspek ada mengaku suka menonton filem seram, salah satunya Chucky dan manakala Slender Man adalah karakter kegemarannya.
Allahu, karakter kegemaran pun terdiri daripada jenis pembunuh. Memang seram!
“Berdasarkan soal siasat, suspek mengakui pernah menyimpan keinginan untuk membunuh sebelum ini tetapi dipendam sehingga pada hari kejadian,” katanya.
Polis sudah mengumpul bahan bukti seperti peralatan digunakan untuk membunuh dan gambar serta catatan harian suspek bagi melengkapkan siasatan.
Okay benda macam ni memang tak boleh buat main. Lepas ni, ibu bapa perlu lebih menapis content yang dipertontonkan kepada anak-anak atau mungkin boleh ambil pendekatan mendekati anak-anak sekiranya dan kenal pasti sekiranya mereka ni ada masalah atau perlu dapatkan rawatan pakar psikiatri.