Rancangan Realiti Love is Blind : Betul atau hanya lakonan depan kamera?
Okay Cik Tin sebenarnya baru-baru ni sibuk duk melayan satu realiti tv di Netflix iaitu Love is Blind. Cik Tin actually tak suka sangat pun tengok realiti tv ni tapi sebab tengok ramai orang komen dekat Twitter tentang pendapat masing-masing pasal rancangan ni, maka Cik Tin pun tengoklah cerita ni.
Cerita ni pasal 30 orang pasangan lelaki dan perempuan yang mahu mencari cinta dalam tempoh 10 hari.
Cara diorang cari cinta ni unik ya sebab mereka nak buktikan yang love is blind. Maka lelaki dan perempuan ini diasingkan dan akan duduk dalam isolated pods dan akan berkomunikasi menerusi pods tersebut tanpa melihat wajah masing-masing.
Dalam tempoh 10 hari tu, mereka akan bond emotional connections sebab psychologists percaya emotional connection ni adalah kunci kebahagiaan hubungan dan kunci kepada hubungan yang berkekalan.
Physical attraction bersifat sementara dan akan pudar cepat.
Okay so dalam rancangan tu, kalau ada pasangan yang jatuh cinta tanpa melihat each other, mereka akan melamar pasangan mereka dan selepas dah bersetuju nak kahwin, barulah mereka akan diperkenalkan dan dipertemukan dengan pasangan masing-masaing.
Haaa, macam tu pun ada tau. So, selepas dah bertemu ni, mereka diberi masa selama 30 hari untuk merancang majlis perkahwinan mereka dan sekiranya tiba-tiba rasa cinta tu hilang, diorang oleh je kalau nak cancel kahwin pun, takde masalah.
Cuma Cik Tin jadi curious lah pasal eksperimen begini. Bagi Cik Tin, kedua-dua aspek fizikal dan emotional / personality ena seiring untuk membolehkan kita jatuh cinta dan ready nak spend the rest of our lives dengan pasangan betul tak? Ke korang ada pendapat berbeza?
Menurut Helen Fisher yang merupakan seorang biological anthropologist dan memiliki kepakaran dalam perihal hubungan romantik, dia merasakan sangatlah tak pelik kalau pasangan dalam realiti show ni boleh jatuh cinta dalam tempoh sesingkat itu tanpa perlu melihat pun wajah pasangan mereka.
“Apa-apa keadaan yang meningkatkan level dopamine iaitu feel good hormon dalam otak akan membuatkan seseorang jatuh cinta.
“Situasi mengenali seseorang sebegitu boleh diibaratkan sama seperti naluri haiwan iaitu it can be triggered instantly,” katanya.
Maksudnya jatuh cinta tanpa melihat pasangan ni logik je dan ia mungkin akan berkekalan lebih lama sebab once dah jatuh cinta sebab hati ni, kita tak kisah pun pasangan tu gemuk ke, gigi jongang ke sebab kita memang dah sayang.
Haa so siapa yang mungkin mengalami situasi sama tu bolehlah tengok cerita ni. Cik Tin memang tengah hooked sangat sekarang ni! Hehe.