Ibu 43 tahun sering dianggap kakak kepada anaknya
Untungnya lah hai kan kalau nampak muda sentiasa ni. Itulah realiti yang dilalui oleh seorang ibu muda dari California ni. Uish memang cantik betul wanita bernama Joleen Diaz ni. Dia ada anak berusia 19 tahun dan bila berdiri sebelah anak dia tu, wow memang nampak macam adik dengan kakak je.
Joleen memberitahu, dia sudah biasa dengan teguran netizen yang terkejut apabila mengetahui bahawa dia merupakan ibu kepada anak gadisnya, Meilani.
“Saya melahirkan Meilani semasa masih muda dan apabila dia sudah besar, saya tidak kisah jika orang sekeliling menganggap dia adik saya instead of anak saya,” katanya.
Well of course lah tak kisah kan sebab itu menandakan Joleen ni nampak muda. Kalau Cik Tin pun Cik Tin tak kiah uols, barulah boleh feeling muda.
Okay tapi memang Joleen ni nampak sangatlah muda dan sebijikmacam kaka kepada anak perempuannya itu. Body pun hot, tak hairanlah dia dapat jolokan ‘The World’s Hottest Mom’ ya.
Rambut hitam panjangnya meremajakan lagi wajah Joleen dan menjadikan dia nampak sangat muda dan jelita.
Ramai yang bertanya apa rahsia dia kekal muda, kata Joleen its actually her skin care routine.
“Saya sangat menjaga kulit saya dan akan membasuh wajah setiap pagi dan juga setiap malam sebelum tidur.
“Saya mula menjaga kulit semenjak berusia 12 tahun,” kata Joleen.
Haa Joleen juga berkata antara produk yang membantu dia nampak extremely muda ialah Retina-A. Retin-A ni memang merupakan satu bahan dalam skin care yang membantu meremajakan kulit.
Joleen menggunakan Retin-A setiap hari tanpa gagal semenjak lebih setahun lalu dan dia akui nampak kesan serta merta.
“Kulit saya semakin hari nampak semakin cantik,” katanya.
Takkanlah dia sorang je nak cantik kan, so Joleen kata dia turut menyuruh anak perempuannya, Meilani menjaga kulit sama sepertinya supaya apabila dia dah di usia 40-an nanti, dia pun boleh nampak muda macam Joleen.
Tapi kata Joleen, dia bukanlah hanya bergantung 100% kepada skin care sebab nak nampak muda ni memang perlukan effort.
Joleen turut menjaga pemakanannya dan bersenam setiap hari.
Wanita ini juga bijak mengawal stress dan akan make sure dia tak terlalu stress memikirkan tentang the past or the future.
Dia hidup dengan simple je dan sentiasa happy serta bersyukur dengan apa yang dia miliki.
Hmm, boleh ambik tips Joleen ni. Selain hidup tanpa stress, wajah pun boleh nampak muda.
Gambar-gambar Joleen dan Meilani menjadi viral di media sosial dan ramai yang menganggap mereka ni adik beradik atau kembar.