Bintang Korea Selatan, Yoona ialah wanita tercantik dunia
Okay baru-baru ini Top Beauty World telah menobatkan salah seorang ahli kumpulan k-pop wanita terkenal, SNSD iaitu Yoona sebagai wanita tercantik dunia tahun 2019. Wahhh kagumnya min sebab si Yoona ni memang cantik pun. Wajahnya lembut dan manis jeee, tak jemulah dipandang.
Yoona dianggap memiliki portion wajah paling menarik. Pelakon Emilia Clarke pula berada di tangga kedua dalam carta sama. Siapa yang tidak kenal dengan pelakon drama bersiri Game of Thrones yang memiliki sepasang mata yang cantik ini.
Di tangga ketiga pula ialah pelakon kacukan Filipina dan Amerika Syarikat iaitu Liza Soberano. Liza Soberano ini memang memiliki wajah yang unik dan cantik.
Yoona merupakan antara selebriti Korea yang sering mencuri perhatian. Biarpun tampil simple, wajahnya yang lembut itu mudah sahaja mencairkan hati oppa-oppa di luar sana.
Di sini min kongsikan 5 gaya kasual Yoona, wanita tercantik dunia ini yang boleh ditiru. Manalah tahu boleh jadi atau tampil secantik Yoona!
– Sweater tebal dengan topi hitam
Foto yang dikongsi Yoona menerusi laman sosial Instagramnya ini menarik perhatian pengikutnya. Sweater tebal daripada rona biru lembut yang kemudiannya dipadankan dengan topi warna hitam menyerlahkan gaya santai Yoona.
– Dress hitam untuk dinner
Dress hitam kasual yang dipadankan dengan baju kemeja putih berlengan panjang di dalamnya ini memang ringkas untuk digayakan ketika dinner. Lebih menyerlahkan kecantikan gadis ini, dia mengikat rambutnya dengan ikatan tocang. Memang cantik!
– Legging hitam
Okay legging berwarna hitam sememangnya cukup simple dan mudah untuk dipadankan dengan apa jenis baju sekali pun. Dalam satu foto yang dikongsi wanita berusia 29 tahun itu, dia kelihatan mengendong anjingnya sambil mengenakan sehelai legging hitam dan juga jaket besar berwarna kelabu. Memandangkan cuaca kelihatan agak panas, Yoona juga dilihat memakai cap dalam gambar tersebut.
– Sneakers
Sneakers memang merupakan antara kasut paling tepat untuk digayakan sekiranya mahukan gaya kasual. Yoona menggayakan sepasang sneakers hitam bersama seluar cullotes berwarna sama ketika bersantai di atas tangga. Simple tapi masih nampak cantik dan sesuai.
– Jeans biru dengan cropped-top
Kalau bertubuh kurus seperti Yoona ni, cropped-top memang menyerlahkan gaya santai dan kasual. Yoona dilihat menggayakan sehelai cropped-top tanpa lengan berwarna putih yang kemudiannya dipadankan dengan jeans longgar berwarna biru. Penampilan sebegini bolehlah dilengkapkan dengan sepasang kasut sneakers. Memang ngam!