Hatta Dolmat jadi Pengkritik Fesyen???
Siapa sini kenal dengan Hatta Dolmat? Haaa pereka fesyen popular tu selalu buat baju yang awesome dan mostly cantik dan superb. Anyway min ada dengar cerita yang Hatta Dolmat sekarang ni dah tambah portfolio dalam karier dia.
Hmmm selain pereka fesyen apa yer yang Hatta Dolmat nak buat untuk tahun 2020 ni. So bila dikorek-korek rupanya Hatta Dolmat sekarang khabarnya dah jadi juri untuk satu program namanya ‘Glam Ke Teng’Glam’ yang bakal ditayangkan di AWESOMETV mulai Februari 2020 ini.
Hmmm apa itu ‘Glam Ke Teng’Glam’?
‘Glam Ke Teng’Glam’ adalah program televisyen bertemakan fesyen – kritik yang pertama di Awesome TV dan program ini disasarkan tontonannya kepada penggemar fesyen di Malaysia. Hatta Dolmat yang telah dipilih sebagai salah seorang daripada juri tetap sepanjang program ini bersiaran telah memulakan sesi rakaman musim pertama ‘Glam Ke Teng’Glam’ sejak awal Januari 2020. ‘Glam Ke Teng’Glam’ akan mula ditayangkan pada Februari 2020 dan akan dihoskan oleh ikon fesyen dan artis serba boleh, Awal Ashaari.
Hatta Dolmat akan digandingkan bersama ikon TV Malaysia yang dikenali sejak awal 90-an, Datin Sharifah Shawati sebagai panel juri tetap dalam mengulas gaya selebriti tempatan dan gabungan dinamik duo yang dibawakan oleh kedua-dua ikon itu bakal menggamatkan studio ‘Glam Ke Teng’Glam’. Program ini bakal digamatkan lagi dengan kehadiran bintang tanah air yang pastinya bakal menerima komen eksklusif mengenai penampilan serta gaya mereka di kaca TV.
Hmm bukan biasa-biasa program ni, macam menarik dan lain daripada yang lain jadi apa komen Hatta Dolmat selaku juri untuk program ini?
”Sebagai pereka fesyen yang sudah lama bertapak di dalam industri, penyertaan saya untuk rancangan ‘Glam Ke Teng’Glam’ adalah satu cabaran yang hebat tetapi ini memang memberikan pengalaman yang benar-benar bermanfaat di dalam kerjaya saya. Saya dapat berkongsi pendapat saya mengenai gaya fesyen selebriti tempatan dan saya juga dapat mengenali mereka dengan lebih rapat serta mengenal pasti gaya yang menjadi pilihan peribadi mereka,” kata Hatta Dolmat.
“Saya enggan menggunakan istilah mengkritik sepanjang program berlangsung, justeru saya mencuba yang terbaik dalam memberikan komen dan nasihat berdasarkan pengalaman saya di dalam industri fesyen selama 15 tahun. Dengan kejayaan saya dalam memenangi pelbagai anugerah di dalam dan di luar negara serta kebolehan saya dalam mereka pelbagai jenis busana karpet merah, telah menunjukkan bahawa saya menyedari terdapat kesukaran bagi setiap individu dalam menzahirkan imej dan penampilan terbaik mereka setiap hari. Oleh itu, dengan bantuan rakan kongsi saya Datin Sharifah Shawati, tugasan untuk memberi dan berkongsi tips menjadi lebih mudah walaupun peranan saya sebenarnya adalah untuk menghentam selebriti yang dijemput. Walau bagaimanapun, ia tidak berlaku sedemikian.” Tambah Hatta Dolmat lagi
Dengan persetujuan ‘Glam Ke Teng’Glam’, Hatta Dolmat telah mendedahkan beberapa selebriti yang dijemput untuk setiap episod di platform media sosialnya. Beberapa selebriti yang dijemput ialah Ungku Ismail Aziz, Sazzy Falak, Nana Mahazan, Azrel Ismail, Ummi Nazeera, Ifa Raziah dan ramai lagi.
Min harap semoga Hatta always sukses dalam karier dan semoga ilmu yang diberikan dalam program ini dapat dimanfaatkan oleh para selebriti yang terlibat. Sememangnya kita juga kena terbuka menerika input daripada orang yang lebih berpengalaman dan ambil ia sebagai panduan.