5 sebab makanan organik lebih baik buat anda
Kepelbagaian makanan organik berasaskan sayur dan buah-buahan semakin popular dan meningkat di Malaysia. Makanan organik ialah makanan yang berasal daripada tanaman yang ditanam tanpa racun serangga perosak, baja berasaskan petroleum dan baja berasaskan hasil kumbahan.
Perkataan organik bermaksud cara makanan itu dihasilkan iaitu melalui proses semula jadi sepenuhnya dan mesra alam. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu tumbuhan dan haiwan.
Tanaman organik: mesti ditanam dalam tanah yang selamat, tiada pengubahan dan perlu diasingkan daripada produk makanan konvensional.
Daging haiwan yang dikatakan organik: apabila diternak tanpa menggunakan antibiotik, suntikan hormon pertumbuhan dan sebarang hasil keluaran haiwan.
- Rasa lebih sedap
Satu daripada sebab mengapa organic food tastes better sebab produk organic boleh grow at it’s own pace rather than having that growth sped up by synthetic fertilizers. Situasai ini sama seperti kaedah slow cooking.
Kita semua tahu makanan menjadi lebih baik apabila ia dimasak secara perlahan. Begitu juga dengan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Kajian juga menunjukkan bahawa makanan organik mempunyai tahap sehingga 69% lebih tinggi antioksidan, yang menyumbang kepada rasa lebih enak.
- Nutrisi lebih banyak
Makanan organik memiliki lebih banyak nutrisi daripada makanan bukan organik. Makanan organik mengandung lebih banyak vitamin, mineral, enzim, magnesium, fosfor, polifenol dan zat besi.
Nutrisi yang terkandung dalam makanan organik itu dapat meningkatkan sistem daya tahan tubuh anda.
- Kadar antioksidan lebih tinggi
Makanan organik memiliki kadar antioksidan yang lebih tinggi daripada makanan bukan organik, bahkan mencapai hingga enam peratus.
Antioksidan dapat membantu melindungi sel daripada rosak dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. Bila metabolisme berada pada tahap terbaik maka tubuh mudah membakar lemak dan menghilangkan sisa makanan yang tidak berfungsi.
- Kadar omega tiga kali lebih tinggi
Dalam susu dan daging organik, terdapat kadar lemak omega-3 yang tinggi hingga mencapai 50 peratus. Satu tinjauan terhadap 67 kes mendapati omega-3 yang tinggi dalam daging memberi banyak manfaat kepada kesihatan terutama untuk kesihatan jantung anda.
- Lebih segar
Makanan organik lebih segar kerana tidak mengandungi bahan pengawet. Selain itu, tiada bahan kimia yang digunakan mampu menjamin kesihatan anda dan terhindar dari zat kimia yang terdapat pada makanan bukan organik.
Makanan organik yang segar tentu akan membuat rasanya menjadi lebih enak sedap dimakan.
#SisterPrihatin