Fakta Tentang Anak Nombor Dua
Kalau perasan anak kedua memang sedikit pelik perangainya. Anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?
Disebabkan anak kedua merupakan anak tengah secara tidak langsung ia harus beralah kepada kakak, abang dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal. Ini adalah beberapa fakta menarik mengenai anak nombor dua.
1. Suka memberontak
Sikap suka memberontak yang ada pada diri anak kedua adalah berkaitan dengan second child syndrome atau sindrom anak kedua yang telah lama dikaji oleh pakar psikologi dan pakar keluarga. Sindrom anak kedua ini sebenarnya berkaitan dengan ibu bapa itu sendiri. Jom kami terangkan dengan lebih lanjut supaya anda lebih faham.
2. Suka bersaing dengan orang lain
Ini adalah fakta. Menurut Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library, anak kedua biasanya suka bersaing dengan orang lain. Ini kerana sejak kecil mereka terpaksa bersaing dengan adik-beradik lain untuk mendapatkan perhatian kedua ibu bapa. Kebiasaannya anak pertama akan lebih mengalah, namun anak kedua terpaksa bersaing dengan adik-adik lain yang lebih kecil dan lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang.
Sikap suka bersaing adalah baik namun jika tidak dikawal, akan menyebabkan anak kedua cenderung untuk bersaing dengan cara yang keterlaluan dan memakan diri sendiri.
3. Lebih berdikari berbanding adik-beradik yang lain
Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library juga menyatakan bahawa anak kedua biasanya lebih berdikari berbanding adik-beradik yang lain. Ini berlaku kerana kebiasaannya ibu bapa dan anak sulong akan lebih menumpukan perhatian kepada adik-adik lain yang lebih kecil dan memerlukan penjagaan yang lebih berbanding anak kedua.
Oleh itu, anak kedua terpaksa mengajar diri sendiri untuk berdikari supaya boleh meneruskan kemandirian. Sikap berdikari ini akan terus melekat dalam diri anak kedua, menjadikannya seorang yang kental dan tabah.
4. Suka menarik perhatian orang lain
Fakta anak kedua yang seterusnya ialah anak kedua cenderung untuk mempunyai sifat suka menarik perhatian orang lain. Sekali lagi kami merujuk kepada Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library.
Menurut jurnal tersebut, sejak azali anak kedua merasakan bahawa mereka perlu berusaha untuk menarik perhatian ibu bapa yang lebih menumpukan perhatian kepada adik-adik yang lain.
Anak kedua merasakan bahawa mereka tidak mendapat kasih sayang, perhatian, dan layanan yang sepatutnya. Mereka sangat dahagakan perhatian daripada kedua ibu bapanya.
5. Hyperaktif dan lebih ligat berbanding anak yang lain
Siapa setuju dengan kami? Anak kedua biasanya hyperaktif dan sangat ligat berbanding anak yang lain. Kenapa ye? Menurut artikel How Firstborns and Secondborns Compare, anak kedua cenderung untuk menjadi hyperaktif dan sangat ligat kerana mereka dilahirkan secara pemikiran semulajadi bahawa mereka mempunyai pesaing iaitu adik-beradik yang lain.
6. Suka melakukan perkara yang memeningkan kepala ibu bapa
Menurut artikel How Firstborns and Secondborns Compare lagi, anak kedua yang dilahirkan dengan naluri semulajadi untuk bersaing dan terpaksa menarik perhatian akan memberikan satu impak yang sangat ketara iaitu mereka suka melalukan perkara yang memeningkan kepala kedua ibu bapa.
Anak kedua anda selalu tantrum, membuli kawan-kawan lain di tadika, malah suka menyelerakkan rumah adalah juga satu kelakuan yang normal. Namun apabila kami mengatakan bahawa ia adalah sesuatu yang normal, tak bermakna anda tidak perlu menegur dan menasihati anak kedua anda supaya berubah. Adalah menjadi tanggung jawab anda sebagai ibu bapa untuk menegur dan membentuk diri anak anda.
7. Seorang yang sensitif dan suka memendam perasaan
Anak kedua biasanya seorang yang sensitif kerana sejak kecil mereka sudah biasa dibiarkan dan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Ia akan menjadikan anak kedua lebih sensitif, mudah terasa, namun suka memendam perasaan.
8. Lebih rapat dengan kawan berbanding ibu bapa
Anak kedua cenderung untuk lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa sendiri memandangkan sejak kecil perhatian ibu bapa lebih tertumpu kepad adik lain yang lebih kecil. Maka anak kedua akan mencari perhatian di luar rumah iaitu kawan sebaya yang biasanya sangat memahami dan sentiasa ada masa untuk mereka.
9. Seorang yang manipulatif
Ini juga adalah satu fakta. Anak kedua biasanya adalah seorang yang manipulatif dan suka memanipulasi orang sekeliling untuk kepentingan diri sendiri. Sikap manipulatif ini wujud akibat daripada sikap suka bersaing dan naluri untuk meneruskan kemandirian yang wujud sejak mereka kecil.
10. Kurang bergantung kepada keluarga
Fakta anak kedua yang terakhir ialah mereka kurang bergantung kepada keluarga. Ini berlaku kerana sejak kecil mereka sudah biasa berdikari dan tidak mengharapkan bantuan ibu bapa dan kakak atau abang yang sibuk dengan adik yang lain.
Itulah dia fakta anak kedua yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat.