5 Lagi perkahwinan selebriti yang digelar ‘wedding of decade’.
- 2015 – Hairul Azreen dan Hanis Zalikha
Mungkin perkahwinan pasangan ini tidaklah semewah selebriti yang lain. Namun bukti cinta mereka dan keberanian Hairul melamar Hanis antara yang dinanti-nantikan oleh para peminat. Sebagai info, kesemua majlis mereka termasuk pertunangan dan pernikahan tekah disiarkan secara eksklusif di Astro Ria.
Hairul telah menyerahkan wang hantaran berjumlah RM91,019.90 kepada Hanis yang merupakan simbolik kepada tarikh lahir Hanis yang jatuh pada 9 Oktober 1990
- 2016 – Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Barangkali perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin merupakan antara yang tertinggi setakat ini. Manakan tidak dengan populariti Sam ketika itu, perkahwinannya telah ditaja berjumlah RM25 juta ringgit!
Menurutnya, hampir kesemua telah ditaja melainkan barang hantaran dan cincin perkahwinan mereka.Berikut adalah pecahan tajaan perkahwinan pelakon ini
1. Barang kemas pengantin perempuan (RM20 juta)
2. Baju kahwin (RM730,000)
3. Kek kahwin (RM18,000)
4.Doorgift tetamu (RM45,000)
5. Hiasan majlis perkahwinan (RM405,000)
6. Videographer dan photographer (RM90,000)
7. Kos pengangkutan (RM35,000)
8. Lain- lain kos (RM3.5 juta)
- 2017 – Fattah Amin dan Fazura
Pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura telah pun melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel Mandarin Oriental serta dihadiri ahlli keluarga serta rakan – rakan artis. Hiasan majlis resepsi mereka begitu indah sekali. Bertemakan ‘fairy tale avant-garde’, setiap inci hiasan dan tatarias begitu menonjol dengan tema yang diterapkan.Malah jika anda mengikuti perkembangan FattZura ini kedua – duanya salin bertemu dan bergandingan dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’ arahan Michael Ang dan tidak lama kemudian hangat bercinta sehingga ke jinjang pelamin.
Melihatkan pada FattZura, kedua- duanya begitu serasi bak pinang dibelah dua. Malah pada malam resepsi itu pasangan ini kelihatan berseri. Ditambah pula dengan rekaan pelamin berbentuk istana yang melengkapi temanya, ramai yang memuji malam resepsi yang begitu indah ini. Liputan media? Usah ditanya kerana hampir segala-galanya cuba dihidu pihak media!
- 2018 – Yuna dan Adam Sinclair
Boleh dikatakan perkahwinan Yuna dan pasangannya yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair, Adam Sinclair menjadi pencetus idea buat mereka yang mengimpikan perkahwinan bertemakan ‘garden wedding’ yang sebenarnya.
Bertempat di Puncak Rimba, Bentong segala dekorasi perkahwinan itu dihiasi dengan bunga-bunga segar malah perkarangannya juga begitu mendamaikan. Malah tema tersebut turut merealisasikan pelantun Forevermore itu sejak sekian lama.
“Sudah lama impikan majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden wedding’ dan semalam impian saya menjadi kenyataan!”
- 2019 – Datuk Seri Eizlan Yusof dan Natasha Rosa
Menamatkan zaman duda nya dengan wanita pilihan, Natasha Rosa pasangan ini telah selamat bernikah baru-baru ini dalam empat majlis selama empat hari berturut-turut. Malah Datuk Seri Eizlan Yusof telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran berjumlah RM12,121,90 buat isterinya.
Selain diarak menaik bot khas, Eizlan dan isteri juga telah diberikan penghormatan istiadat penuh Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) seperti perakakan ‘sword bearer’ dan barisan pegawai berserta pancaragam.Kesemua majlis tersebut dianggarkan menelan kos lebih RM1 juta.