Kebaikan mandi kolam air panas atau air panas
Korang tahu tak kalau korang amalkan mandian air panas sangat bagus sebenarnya? Wanita jepun merasakan mandian air panas akan memberikan mereka awet muda. Cara mandian air panas ini jika di negara Jepun ia dipanggil Onsen ataupun mandian secara semulajadi yang mengandungi natrium klorida serta kalsium yang mempunyai sifat terapeutik yang turut memberikan manfaat pada tubuh badan dan mengekalkan kulit agar nampak bersinar dan segar.
Rutin mandian air panas ini juga boleh membantu menghilangkan segala kekotoran serta toksin dalam badan pada waktu yang sama bagi memberikan kulit anda kelihatan bersinar. Selain itu, dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan kepada pengguna.
Antara kelebihan mandi air panas adalah:
- Tidur lebih lena.
Pada waktu malam suhu badan kita secara semula jadi jatuh, yang menandakan penghasilan melatonin atau hormon tidur. Berendam dalam mandian hangat akan meningkatkan suhu badan normal dengan membantu menghasilkan melatonin atau hormon tidur.
- Melawan kulit kerengsaan
Gabungan air mandian panas dengan aroma pati wangian yang tertentu seperti minyak zaitun, minyak kelapa, lavender ataupun oatmeal boleh menghidrat serta merawat kulit kering dan yang mengalami kerengsaan. Haruman aromaterapi juga memberikan manfaat yang baik dan mengawal mood anda untuk mengurangkan stress anda.
- Melegakan otot yang sakit
Haba bukan sahaja membantu mengalirkan darah dengan baik malah dapat membantu otot yang sakit atau ketat untuk berehat. Penambahan garam epsom dalam mandian hangat telah terbukti membantu mengurangkan keradangan sendi yang disebabkan oleh arthritis atau penyakit otot lain.
- Melegakan selesema
Haba dari mandian air panas juga boleh mengubati hidung yang tersumbat serta batuk. Punca hidung tersumbat adalah disebabkan oleh radangan pada kawasan hidung dan haba dari mandian telah memberi tindak balas pada saluran darah agar memberikan kelonggaran pada penyumbatan mukus. Mandi air panas secara berendam juga boleh membantu sistem imun bagi melawan virus jahat kepada lebih baik.
Jadi korang kalau tak pernah amalkan mandian air panas ni bolehla amalkan lepas ni. Haaa, mana tau muka lepas ni lebih bersinar-sinar and muda.