Bahan magic rawat rambut gugur – aloe vera gel
Wow wow wow, ini merupakan satu info menarik bagi Cik Tin sebab Cik Tin ni memang ada masalah rambut gugur yang teruk jugak, lagi-lagi kalau stress. Dah macam-macam syampu guna tapi tu lah masih jugak tak berkesan.
So, bila Cik Tin nampak petua ni, terus Cik Tin teruja. Lagipun, Cik Tin yakin sangat sangat yang majoriti dekat sini memang ada simpan gel aloe vera dekat rumah kan sebab gel ni pernah viral dulu dan ia jugak bersifat multipurpose. So now boleh tambah lagi satu fungsinya iaitu merawat rambut gugur.
Untuk pengetahuan korang, ekstrak aloe vera mempunyai beberapa enzim yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia mengurangkan sel-sel kulit mati dari kulit kepala, dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut. Ekstrak Aloe juga mempunyai sifat alkali yang membantu keseimbangan pH kulit kepala dan rambut, yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut.
Cara nak gunakan aloe vera gel ni senang je, setiap kali korang nak syampu rambut, campurkan sedikit aloe vera gel dalam syampu dan basuh rambut seperti biasa. Atau bila dah habis bilas rambut, gosokkan aloe vera gel pada kulit kepala dan rambut kemudian bilas.
Percayalah, rambut akan terasa lebih ringan dan lembut serta masalah rambut gugur pun akan berkurangan. Cubalah!