Makanan sihat yang tak sihat
Okay Cik Tin tau ramai dekat sini yang nak start hidup healthy lah apa lah kan. Dan dah mula fikir nak beralih kepada makanan sihat. Haa tapi pilih makanan sihat ni pun kena hati-hati tau sebabnya banyak je makanan yang dilabel sihat tapi tak sihat. Nak tahu jenis makanan ni? Jom semak di bawah :
Yogurt Buah
Yogurt memang kaya dengan nutrisi tetapi yang mengandungi buah, tidak. Kebanyakannya telah ditambah pemanis tiruan yang tinggi kadar gula. Boleh kamu bayangkan efek buruk daripada satu bekas yogurt buah?
Energy Bar
Kamu mungkin menganggap ia sebagai snek alternatif ketika sedang diet. Namun, ia sebenarnya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Saiznya yang kecil juga mampu menipu minda kamu dengan mengatakan satu bar tidak mencukupi. Bukan itu saja, energy bar juga tidak memberikan nutrisi yang cukup untuk tubuh.
Jus Segar
Yup, minum jus setiap hari sememangnya tidak elok untuk kesihatan. Berdasarkan kajian oleh British Medical Journal, jus segar meningkatkan risiko terkena diabetes type 2.
Minuman Bervitamin
Jangan mudah tergoda dengan minuman yang dikatakan kaya dengan vitamin. Tubuh lebih mudah menyerap vitamin daripada makanan berbanding cecair. Bukan itu saja, menggantikan air putih dengan minuman bervitamin boleh membuatkan kamu dehydrated.
Marjerin
Bukan semua marjerin itu menyihatkan ya. Marjerin yang bertekstur padat memiliki lemak trans yang tinggi, di mana ia boleh menurunkan kadar kolesterol baik, HDL. Ini akan meningkatkan risiko terkena penyakit yang berkaitan dengan kolesterol tinggi seperti jantung, diabetes mahupun strok.
So, the best way is, check dahulu kandungan gula lah lemak lah dalam makanan yang dipilih sebelum beli dan makan, okay? Selamat berdiet, girls!