Bahagia betul Blake dan Ryan. Apa rahsianya ya?
Siapa yang tidak kenal dengan pasangan romantis Hollywood ini iaitu Ryan Reynolds dan Blake Lively. Kak Tin sendiri memang minat betul dengan Blake Lively ni daripada zaman drama bersiri Gossip Girl. Dahlah cantik, berbakat besar pulak tu. Perkahwinannya dengan Ryan Reynolds pada tahun 2012 juga cukup bahagia sampai sekarang. Pasangan sama cantik sama padan ini memang kuat menyakat dan sangatlah happy je. Apa ya rahsia mereka?
Khabarnya pertemuan mereka bermula di set filem Green Lantern dan berkawan rapat sehingga ke luar set. Ryan Reynolds mendedahkan jatuh cinta dengan Blake seperti dalam filem “When Harry Met Sally” – di mana Ryan dan Blake bertemu janji dengan pasangan masing-masing tetapi akhirnya takdir menemukan mereka berdua.
Berkata pada Today, Ryan menyifatkan double date itu sangat janggal.
“Saya bersama dengan pasangan saya dan Blake bersama pilihannya, dan bagaimana mata kami lebih tertancap satu sama lain.”
Setelah menyedari, mereka berhenti “mencarikan” jodoh satu sama lain dan keluar temu janji berdua sahaja. Mendirikan rumah tangga pada 9 September 2012, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata comel – James dan Inez.
Sehingga ke hari ini ramai ingin mengetahui bagaimana mereka mencapai #MarriageGoals melihatkan kedua-dua suka menyakat satu sama lain, menjadikan rumah tangga mereka sangat fun.
– Jadi Kawan
Pasangan sama padan sama segak ini membentuk hubungan yang kuat sebagai rakan sebelum mereka mengenali satu sama lain dengan rapat.
“Apa yang boleh saya katakan tentang hubungan kami ialah Ryan adalah kawan saya, satu-satunya kawan lelaki yang saya rapat dan serasi. Malah, dalam kehidupan seharian, dia adalah kawan saya – pergaulan kami berdua seperti dua orang sahabat yang cukup menghormati, saling melengkapi dan paling seronok boleh bergurau satu sama lain.”
– Renungan
Jika anda perasan kebanyakan foto pasangan ini di karpet merah mahupun di jalanan, mereka tidak melihat kamera tetapi merenung satu sama lain.
Kajian menunjukkan bahawa menatap mata seseorang yang anda rapat, akan membuatkan perasaan cinta dan sayang semakin mendalam. Jadi tidak hairanlah kedua pasangan ini sentiasa dilihat mesra dan romantis setiap hari.
– Jaga Perut Si Dia
Ini tips yang sangat penting. Kalau anda kaum hawa tak tahu memasak, silalah belajar sekarang. Tapi tugas memasak ni bukanlah tugas perempuan sahaja ya, lelaki pun kena pandai tau dan pikatlah hati isteri dengan masakan! Ryan mengatakan, “Blake bukan sahaja boleh memasak, dia juga kerap baking pelbagai kek dan roti. Dia boleh berada di dapur sepanjang hari, ada masanya baking untuk krew produksi filem – semuanya dilakukan dengan lapang dada.”
– Bangga Dengan Pencapaian Satu Sama Lain
Kedua-dua Ryan dan Blake adalah individu yang berjaya dan mereka menyokong usaha dan pencapaian masing-masing. Hal ini adakala mencabar memandangkan mereka bekerja dalam satu industri yang sama – di mana seorang mendapat pengiktirafan sementara yang lain diabaikan, kerjaya juga suam-suam suku. Tetapi pasangan ini mengecapi kejayaan bersama satu keluarga.
– Bantu Satu Sama Lain
Bila kedua-duanya bekerja, perlulah salah seorang ringankan tulang menjaga anak. Dalam konteks ini, Ryan dan Blake mengamalkan cara kerja yang berbeza – bila Ryan keluar bekerja, Blake lebih senang menjaga anak-anak mereka dan tidak mengambil sebarang tawaran berlakon dan juga sebaliknya.