Selebriti wanita ini juga usahawan terkenal! Jom semak siapa
Jadi selebriti ni memang menguntungkan sebab kalau famous dan glamour, boleh beralih arah menjadi usahawan pulak dan bisnes itu mesti boom meletup sebab artis ni kan ramai peminat dan pengikut. So kalau ramai yang minta, ramailah yang datang support bisnes artis mereka.
– Rihanna – Fenty Beauty
Rihanna memang terkenal sebagai salah seorang selebriti yang mempunyai jenama makeup Fenty Beauty. Fenty Beauty masa mula-mula dilaunchkan tu memang betul-betul boom lah kata orang. Haa yang ni min setuju sebab min sendiri memang guna produk Fenty Beauty dan akui produk Rihanna ni memang bermutu tinggi dan harga pun taklah mahal sangat macam jenama kosmetik lain di luar sana. Jenama ni dah masuk Malaysia dan boleh dibeli di Sephora okay?
– Beyonce – House of Dereon
Queen B ni mempunyai butik pakaian jenama House of Dereon dengan tagline Couture.Kick.Soul. Jenama yang diasaskan semenjak tahun 2006 ni mendapat sambutan yang menggalakkan tapi tak available dekat Malaysia.
– Victoria Beckham
Isteri kepada pemain bola sepak David Beckham ni memang antara selebriti yang menempa nama dalam industri keushawanan. Victoria mempunyai jenama fesyen sendiri iaitu Victoria Beckham dan merupakan antara top entrepreneur pada tahun 2014.
– Jennifer Aniston
Bekas isteri Brad Pitt ini mempunyai jenama produk penjagaan rambut dikenali sebagai Living Proof. Tengok jelah rambut Aniston yang always teratur dan shiny ni.
– Jessica Simpson
Jessica Simpson mempunyai jenama fesyen sendiri atas nama Jessica Simpson Collection. Dalam jenama ni, koleksi kasut dia ialah yang paling popular.
Haa best kan kalau famous? Senang nak asaskan produk dan ada bisnes sendiri dan kumpul buyer.