Wanita tak minum air setahun, dakwa ia jadikannya lebih sihat
Eh pelik-pelik betul kan manusia ni? Okay ni nak cerita sikit, ada seorang wanita 35 tahun yang dikenali sebagai Sophie Partik mendakwa dia dah tak minum air selama setahun ya. What? SETAHUN? Lagi pelik, dia cakap ia menjadikan dia lebih sihat.
Partik berkata, sebelum ni dia menderita masalah puffy eyes, sakit sendi, alahan kepada makanan dan juga masalah pencernaan. Lepas je dia stop minum air, masalah tersebut hilang.
Pada mulanya, dia tak minum air selama 13 hingga 14 jam je and kalau dia minum pun melalui makanan berair seperti buah dan sayur-sayuran.
Lebih mengarut lagi, dia berkata keinginan untuk minum air itu hanya dalam kepala kita sahaja sebab kita sebenarnya tak perlukan air!
“Minda kita sahaja yang memberitahu bahawa kita perlukan air padahal tidak.
“Mula-mula tu memang susah nak kawal keinginan untuk minum air tapi lepas tu saya rasa ia sangat menenangkan,” katanya.
Wah, boleh dia kata air ni hanya mainan minda je?
Partik yang kini sedang menetap di Bali, Indonesia juga berkata dulu dia ada bengkak yang agak teruk pada wajahnya dan kawan-kawan mencadangkan supaya dia cuba berpuasa dan tak minum air.
Masalah puffiness tu hilang dengan serta merta dan ia membuatkan Partik terkejut.
Dia pun mula membuat research snediri tentang air dan tahu bahawa tak semua orang kena minum air.
“Tak semua orang perlukan air. Bagi saya, air menjadikan kita bloated.
“Bila korang berpuasa air, korang akan sedar yang badan korang sebenarnya boleh je hidup tanpa air,” katanya.
Partik juga menambah, ada juga yang tak mampu teruskan hidup tanpa air. Contohnya ialah family dia sendiri. Family dia sangatlah menentang gaya hidup tanpa air yang diamalkan Partik ni.
Yelah, tak minum air langsung selama setahun. Kalau cuaca panas macam mana eh? Ala, pening i fikir.
Okay korang jangan cuba buat pulak benda mengarut macam ni okay?
Nanti tak pasal-pasal muncul masalah lain pulak bila dehydrated.