Tulang ikan punca sakit perut melampau
Mungkin kebanyakan daripada kita ada pengalaman tercekik tulang ikan kan. Biasanya kalau tercekik apa yang korang akan lakukan atau petua dan saranan yang selalu korang akan dengar.
Ada kata suruh minum air dari dalam senduk lah, ada kata akan nasi kepal, macam-macam lah tips yang kita akan dapat. Namun pada akhirnya kalau tak lepas jugak tulang tu kita kena pergi klinik.
Selalunya insiden macam ni akan berlaku semasa kita makan ikan yang mempunyai banyak tulang macam ikan parang atau ikan kerai. Kalau tercekik tulang ikan mesti pedihkan tekak. Sakit, tak selesa terasa macam ada sesuatu sangkut.
Tapi boleh bayangkan kalau tulang tu tersangkut dekat dalam perut. Uihhh orang kata dah masuk perut selamatlah larut dalam asid.
Tapi berbeza dengan satu insiden di China ni. Satu peristiwa yang jarang berlaku dan dahsyat yang dialami oleh seorang wanita dari China. Ya, pada mulanya dia hanya mengadu sakit perut, dan menganggap bahawa ia merupakan perkara yang sering berlaku.
Wanita yang tidak dikenalpasti dalam laporan AsiaWire, didakwa telah mengadu sakit seperti ada jarum di perutnya dan meminta bantuan di Hospital Afiliasi Pertama Universiti Nanchang.
“Apa yang boleh saya katakan kepada doktor apa yang saya rasakan adalah sesuatu yang tajam dan halus ia telah menusuk perut saya,” kata wanita berusia 51 tahun itu, menurut AsiaWire.
“Ia menyakitkan seperti ditusuk pin.”
Wanita itu mendakwa bahawa dia pernah dihantar oleh doktor tempatan dan berkata dia perlu makan lebih banyak makanan sihat, tetapi di hospital ini, Dr. Zhu Guomin mendapati terdapat tulang ikan selepas menjalani beberapa siri scan.
Setelah melihat sejarah pesakit, dia dapat menentukan bahawa tulang yang sama telah dilaporkan ditelan lapan tahun yang lalu tetapi tidak pernah dijumpai.
Tulang ikan dikesan selepas doktor wanita mengarahkan imbasan untuk mengetahui punca sebab sakit perutnya yang teruk.
“Semasa memeriksa hasil imbasan, saya mendapati keradangan di hati disebabkan oleh tulang ikan,” katanya kepada AsiaWire.
“Selepas mengeluarkan tulang ikan dalam pembedahan mikro, keadaannya telah menyaksikan peningkatan yang ketara. Kerana tulang ikannya sangat tajam dan tidak boleh dicerna, ia menembus lapisan perutnya setelah ditelan dan terus bergeser akibat pergerakan ototnya dan dibawa oleh vena ke jantung dekatnya. “
Guomin berkata pesakit sangat bernasib baik, kerana tulang ikan boleh menyebar ke hatinya yang pastinya sangat berbahaya.
So girls jangan main-main dengan tulang ikan yer. Sekali sangkut pastikan ia terkeluar. Kalau sangkut kat tekak boleh lagi nak lepaskan kalau dalam perut atau dinding saluran ke perut tu payah nanti nak kena micro operation pulak. Bila makan makanan yang bertulang nanti hati-hati. Asingkan tulang betul-betul ya.