Rancang perbelanjaan elak masalah kewangan
Setiap malam anda duduk termenung mengenangkan keadaan kewangan anda yang sesak ini. Sampai bila masalah kewangan ini akan berterusan?
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda amalkan dalam usaha anda untuk bebas daripada masalah kewangan.
– Buat budget
Jangan tunggu sehingga duit kita cukup baru buat budget. Jika anda memang membuat budget setiap bulan, teruskan. Jika kita mempunyai budget ini menandakan kita mengambil berat terhadap pengurusan kewangan kita.
– Tentukan prioriti
Ambil masa untuk menentukan keutamaan dalam budget anda. Jika anda sudah berkeluarga, duduk berbincang bersama pasangan anda. Keutamaan kita adalah untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat dan selesa tanpa berlebihan. Berikut merupakan contoh keutamaan dalam budget anda.
Bahan Makanan – target anda adalah mendapatkan cukup nutrisi untuk aktiviti seharian. Elakkan membeli bahan makanan yang bukan keperluan seperti Coca-cola, Ice cream dan yang sejenis dengannya.
Bayaran bil seperti bil elektrik, bil air, bil/sewa rumah
Bayaran pinjaman (loan kereta, loan peribadi, kad kredit) – Bayaran minimum sahaja. Jika terdapat lebihan pada budget anda selepas semua senarai keperluan anda dipenuhi barulah anda pertimbangkan untuk bayaran lebih.
Simpanan kecemasan atau simpanan peribadi anda semaksima yang boleh. Pilih cara simpanan yang mana membolehkan anda mengeluarkan simpanan tersebut bila-bila masa sahaja untuk kegunaan kecemasan seperti kos perubatan.
– Elakkan shopping tanpa perancangan
Pada hari tersebut sebelum bergerak keluar, lihat semula senarai tersebut dan buat anggaran perbelanjaan. Bandingkan anggaran perbelanjaan tersebut dengan budget anda. Jika melebihi budget anda potong mana-mana yang patut.
Untuk barang-barang lain seperti baju, barangan elektronik dan lain-lain yang bukan keperluan asas fikirkan semula dan tanya diri anda. Apakah kepentingan barang tersebut kepada anda? Melainkan anda merasakan anda benar-benar memerlukan benda tersebut, simpan keinginan anda dan yakinkan diri anda bahawa benda tersebut tidak membawa apa-apa faedah.
– Buat target dan simpan duit
Katakanlah gaji anda sebulan adalah dalam rm3,500. Sasaran anda adalah mendapatkan rm3,500 iaitu bersamaan dengan sebulan kehadapan. Sekali imbas angka tersebut seperti mustahil memandangkan anda melalui setiap bulan dengan menunggu hari gaji.
Untuk mencapai sasaran tersebut anda perlu menyimpan lebih kurang RM9 setiap hari. Pada masa sekarang RM9 bukanlah satu jumlah yang besar. Sarapan pagi anda RM4.80, anda membeli air minuman RM1.50, minum petang bersama rakan RM2.50, bayaran tandas RM0.20. Tanpa disedari anda telah membelanjakan RM9 begitu sahaja.
Tulis target anda tersebut atas kertas dan lekatkan kertas tersebut di tempat yang anda nampak setiap hari. Depan cermin, atas tv, tepi screen komputer, dalam tandas dan sebagainya.
– Fikir sebelum beli
Setiap kali anda mencapai sesuatu barang dalam mana-mana kedai tidak kira makanan ringan, gula-gula, klip kertas, pencuci muka atau sebagainya beri peluang pada diri anda seketika untuk berfikir. Adakah anda benar-benar perlukan barang tersebut? adakah alternatif lain untuk anda tanpa membeli barang tersebut?
Jika anda ingin membeli air minuman mungkin anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah daripada mana-mana mesin air ataupun secara percuma dengan membawa air dari rumah. Jika anda ingin membeli barangan seperti klip kertas, pen, kertas nota atau apa-apa barangan pejabat mungkin anda boleh mendapatkannya secara percuma atau dibekalkan secara percuma ditempat kerja anda (sepatutnya).
Selamat merancang!