Are you really happy? Jom semak sini kalau nak tahu uols betul-betul happy ke tak
Kebahagiaan merupakan sesuatu yang subjektif. Walaupun semua orang mengimpikan kebahagiaan, definisi kebahagiaan adalah berbeza-beza mengikut individu.
Perasan tak kalau kita jumpa orang, ada kalanya orang akan tanya kepada kita, are you really happy? Selalunya, kita happy je tapi tak tahu nak jawab macam mana dan macam mana nak ukur kebahagiaan atau nak tahu kalau kita benar-benar happy?
Sini SS nak kongsikan 5 ciri-ciri orang bahagia
– Mereka berusaha untuk bahagia
Langkah pertama untuk bahagia ialah cuba mendapatkan kebahagiaan itu. Kebahagiaan adakalanya datang bergolek tapi adakalanya perlu dicari. Haa cara nak cari bahagia ni adalah dengan tahu apa yang membuatkan anda bahagia. Makanan yang enak? Rumah yang besar? Pasangan yang penyayang? Cari benda itu dan bila dah jumpa, peganglah ia.
– Mereka menjaga diri mereka
Perasan tak, orang yang menjaga diri mereka nampak dan memang lebih bahagia berbanding mereka yang tak pedulikan diri mereka? Jaga diri di sini bukan sekadar terhad kepada menjaga penampilan sahaja tetapi juga menjaga emosi dan mental anda. Contoh situasi, anda letih dan tidak rasa mahu melepak dengan akwan-kawan selepas waktu kerja. Cakap sahaja kepada mereka kerana anda perlu protect emosi anda. Its okay to say no, okay?
– Mereka bergaul dengan orang yang happy
Mood dan perasaan kita boleh mempengaruhi mood individu sekeliling kita tau. Perasan tak kalau kita melepak dengan orang yang grumpy dan moody, kita juga akan tiba-tiba menjadi grmpy dan moody kerana kita tak sukakan mood yang dibawa individu tersebut. Haa jadi, kalau nak happy, lepaklah dengan kawan-kawan yang happy. Percayalah, anda juga akan ceria dan happy seperti mereka.
– Mereka kejar minat mereka
– Kata orang, kalau kita kejar minat kita, kita akan memiliki hidup yang lebih fulfilling. Min rasa benda ini memang sesuatu yang betul sebab bila kita buat benda yang kita minat setiap hari, kita akan rasa happy je berpanjangan sebab ia tidak membebankan. Jadi, cari apa yang uols minat dan lakukannya ia setiap hari.
– Mereka menerima diri sendiri
Sebagai manusia, kita sentiasa complain dan ada sahaja benda yang kita tak suka tentang diri sendiri. Dalam konteks ini, kalau benda yang kita tak suka itu memang bersifat negatif dan perlu diubah, ia memang baik namun sekiranya benda yang kita tak suka tu tidak boleh diubah, kita seharusnya happy dan terima sahaja keadaan itu. Semua orang dijadikan Tuhan dengan sifat dan sikap yang unik jadi tresure and love yourself!
Realitinya, tiada sesiapa pun yang boleh bahagian 24/7 dan its okay. Kunci kebahagiaan berpanjangan ialah untuk sentiasa tahu cara terbaik untuk menangani sesuatu masalah atau cabaran dalam hidup. Kebahagiaan ialah pilihan jadi pilihlah bahagia dan berusaha keras ke arahnya!