Nikmati rasa unik di STAR KOMBUCHA
Pernah dengar STAR KOMBUCHA tak? Ha, mana yang pernah rasa STAR KOMBUCHA masa travel ke Vietnam, ini berita baik buat korang. STAR KOMBUCHA dah sampai Malaysia wei!
Untuk kualiti terbaik, STAR KOMBUCHA dibancuh di kemudahan terkini menggunakan teh hitam dan hijau organik, tebu mentah, buah-buahan segar dan SCOBY (kultur simbiotik bakteria dan yis) yang diperakui FDA.
Disimpan selama 30 hari dalam kelompok kecil dengan semua bahan semula jadi terbaik yang terdapat di dunia, ia menawarkan kombucha berkarbonat ringan, menjadikannya sesuai untuk pengguna di semua segmen. Selain itu, STAR KOMBUCHA juga disahkan halal oleh JAKIM.
Untuk meningkatkan pengalaman rasa STAR KOMBUCHA lebih enak dinikmati sejuk. STAR KOMBUCHA bukan sekadar minuman; ia adalah pilihan kesihatan yang membawa kegembiraan dan kesihatan bersama dalam setiap tegukan.
STAR KOMBUCHA mengandungi 8g gula setiap hidangan dan menawarkan lebih dari sekadar minuman biasa. Ia kaya dengan probiotic dan antioksidan, menjadikannya pilihan ideal untuk sistem pencernaan yang lebih baik dan menyokong sistem imun serta pengurusan berat badan.
STAR KOMBUCHA menyediakan pilihan perisa yang direka dengan teliti untuk menarik minat citarasa Malaysia, termasuk Blueberry, Mango, Passionfruit dan Lychee dengan harga antara RM8.90 – RM9.90.
STAR KOMBUCHA boleh didapati di pasar raya terkemuka dan kedai serbaneka utama di seluruh negara seperti AEON, AEON BiG, AEON MaxValu, B.I.G, Emart24, ISETAN, Kenny Rogers ROASTERS, Pandamart, Paris Baguette, 7-Eleven, Starbucks, Village Grocer dan banyak lagi.