Berbasikal boleh menyebabkan masalah seksual pada wanita?
Aktiviti berbasikal merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan antara aktiviti fizikal yang paling senang untuk dibuat. Tapi, satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jakarta, Indonesia mendapati aktiviti berbasikal boleh bagi masalah seksual kepada wanita? Haa, yeke?
Berbasikal secara kerap dikatakan berpotensi untuk merosakkan alat sulit wanita dan juga menyebabkan jangkitan.
Okay, bukan itu sahaja, kajian itu juga menunjukkan ia akan mendatangkan masalah pada hubungan seks.
Eh, macam teruk sangat je kesannya. Jadi, kena batalkan semua perancangan berbasikal dengan kawan-kawan ke ni?
Okay belum lagi sebab kajian tersebut menunjukkan, kesan-kesan buruk ini hanya akan berlaku sekiranya seseorang itu duduk terlalu lama di atas basikal.
Hal ini kerana semasa sedang duduk atas basikal, bahagian vulva menampung sekitar 40 peratus daripada keseluruhan berat badan kita. Banyak tu!
Oleh itu, bahagian tersebut akan berasa tekanannya dan ia tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Tapi, semua ini sebenarnya boleh dielakkan. Jadi, jangan panik dulu!
Bagi menghindari risiko penyakit seksual akibat berbasikal, apa yang boleh wanita lakukan ialah dengan mengenakan seluar yang sesuai dan selesa.
Seluar yang memudahkan pergerakan tidak akan membuatkan kita rasa tak selesa saat berbasikal jadi pilih seluar yang sesuai, okay?
Lagi satu tips ialah menjaga postur badan semasa berbasikal. Pastikan badan berada dalam keadaan tegak bagi mengelakkan terlalu banyak tekanan pada bahagian vulva tu.
Tips seterusnya ialah untuk memilih basikal yang sesuai dengan bentuk tubuh. Yelah, basikal ni nak pakai lama kan, jadi jangan takut untuk betul-betul invest dalam basikal yang sesuai dengan bentuk tubuh kita.
Okay, kalau dah buat semua step ni, bolehlah berbasikal dengan hati yang tenang!