Perfume Couple Dengan Bauan Gaharu
Sekarang ni, minyak wangi dengan bau gaharu makin banyak kan dalam pasaran. Khasiatnya dari segi jasmani dan rohani buatkan bauan jenis ni dipilih sebagai wangian untuk tubuh badan.
Masa tahun 2017, Seri Wangi jumpa satu produk perfume yang gunakan bau gaharu daripada minyak gaharu. Produk eksklusif daripada Angeli – Autumn Sky salah satunya ialah perfume.
Untuk wanita diberi nama Pour Ellie, untuk lelaki diberi nama Pour Homme. Boleh beli kalau nak matchy matchy dengan pasangan. Ada 6 jenis wangian yang boleh dipilih. Sweet Floral, White Flower, Vanilla, Creamy Sandalwood, Fruits dan Sparking Lavender.
Paling banyak tu Lavender paling Seri Wangi suka. Bau bunga lavender dan minyak gaharu tu memang sangat balance dan sedaplah. Senang cakap.
Korang kalau nak try pun bolehlah ke Facebook Angeli Essentials
Artikel asal: Keunggulan Wanita