Kedai Konsep KK Mart, Port Baru Lepak Ala Kafe
Sekarang ni dah banyak kedai runcit yang berkonsep. Daripada kedai yang ada sediakan menu-menu Korea, bawa kepada kedai yang macam 7-eleven Thailand dan macam-macam lagilah.
Kalau korang nak tahu, KK Mart pun dah ada kedai konsep ni bagi membina dan mengukuhkan jenama mereka dalam pasaran. Sejak dari 2019 lagi, kedai konsep KK ni ada sediakan makanan segar dengan tawaran harga berpatutan untuk pelbagai jenis makanan.
Ada Sos Sate Premium dengan Kangkung, Asam Pedas Oden (dengan sentuhan Jepun), Hainanese Chicken Chop, Nasi Ayam Rendang Bento, Pao dan Siew Mai yang boleh korang cuba selain daripada pilihan pencuci mulut yang banyak!
Korang kena try dorang punya bubble tea, sedap gila!Green tea pun fevret lah. Nice sangat.
Setakat ni kalau tak silap KP ada 10 kedai konsep KK, antaranya dekat Bukit Bintang, Setapak Sentral, Sunway Putra dan Sky Park, One City.
Artikel asal: Kite Punye