Jenis Beg Paling Sesuai Untuk Weekend Getaway
Kelly ada soalan. Korang kalau setakat weekend getaway tu, berapa besar beg yang akan korang bawa? Memang jenis ala kadar atau all out sama je macam seminggu nak staycation sebab risau nak tinggal apa-apa yang penting?
Nak dapatkan travel bag yang kena dengan purpose memang susahkan? Bukan apa, kadang ada jumpa dah yang sesuai, Cuma designnya jadi punca macam ah, potong stim! Tak apalah, Kelly sharelah beberapa jenis travel bag yang Kelly rasa korang boleh masuk dalam list travel bag untuk weekend escapades.
1. Duffle Bag
Tak kisah lelaki ke perempuan, duffle bag ni sangat compatible sebab boleh sumbat barang yang sederhana. Ala, macam stail zaman-zaman kita budak asrama dulu bawa beg Garfield tu.
Sesuailah nak staycation setakat 2 hari 1 malam tu. Nak nampak eksklusif, korang boleh pilih dari jenis kulit. Atau canvas pun ada.
2. Beg roda/suitcase
Kalau korang malas nak bebankan bahu haa, inilah pilihan terbaik sebab Tarik jelah. Ada roda. Dari saiz kecik, sederhana, besar sampai XXL pun ada. Compartment pun boleh pilih, biasanya ada satu compartment besar dan poket-poket kecil.
Menariknya sekarang ni beg jenis suitcase ni ada yang boleh korang kawal guna app dalam fon je tau. Haa tak adalah tangan tu penuh nak pegang kopi nak Tarik suitcase lagi. Suitcase pun lebih secure sebab bodynya yang kukuh.
3. Travel Backpack
Jenis travel backpack ni sesuai kalau korang jenis malas nak banyak beg. Saiznya biasa besar dengan ada feature yang menarik untuk aktiviti outdoor macam waterproof, ringan buatkan kita selesa nak sandang dalam masa yang lama.
4. Tote bag
Yang jenis redah je bila nak staycation memang akan rasa tote bag je dah cukup untuk dibawa kalau setakat weekend getaway tu. Paling best struktur tote bag ni tak buatkan korang meraba-raba dalam kegelapan kalau nak cari barang kecil-kecil. Tiket, resit boleh selit je.
5. Bucket bag
Bucket bag ni masih in trend tau terutamanya untuk yang jenis suka short trip. Bucket bag ni tak semestinya dalam bentuk bucket, ada je bawah dia yang flat, bulat atau oval. Paling penting bucket bag biasanya memang biasanya gunakan material dekat untuk protect barang-barang kat dalam daripada kotor.
Selain 5 travel bag ni, korang rasa apa lagi jenis bag yang sesuai nak pergi weekend getaway? Jangan cakap pergi sehelai sepinggang sudah. Pening iolls nanti.
Artikel asal: Sunshine Kelly