Cara Yuyu Jaga Rambut Bila Bertudung
Sajalah nak tanya, berapa lama dah korang bertudung? Tak kisahlah bermula dari umur kecik-kecik ke, atau baru-baru ni je, asalkan kita niat menutup aurat tu kerana Allah. Yuyu pun bertudung sepenuhnya masa study dekat KUIS.
Bila mula bertudung tu penjagaan rambut dah tak macam dulu. Memang agak complicated sikit, tapi berbaloi kan?
Bila bertudung ni, masalah biasa jadi kelemumur, rambut berminyak, melekit sampai bawa pada keguguran rambut. Nak atasi masalah ni Yuyu tertarik untuk guna produk untuk kulit kepala dari Safi Shayla yang khas untuk wanita berhijab.
Yuyu try bukan setakat syampu je, tapi conditioner dan scalp refresher dia tau. Memang sedap, sedap yang bukan makan tu tapi sedap dekat kulit kepala. Bau yang botol pink tu pun dah ala-ala vanilla sikit. Sikit lagi nak tergoda untuk teguk minum!
Yuyu ada juga try yang botol warna biru Anti-Kelemumur tu. Sekali sekala try yang warna hijau Segar Bermaya untuk buatkan kepala rasa ringan je sepanjang hari. Yuyu yakin sebab Safi Shayla ni ada gunakan habbatus sauda yang memang berkesan untuk kesihatan tubuh kita.
Korang kalau nak try atau nak tahu tentang lebih lanjut pasal produk Safi Shayla, boleh je terus ke media sosial Safi Malaysia. Safi Malaysia selalu buat contest tau. Hadiah pun menarik semuanya.
Artikel asal: Yuyu Zulaikha