Mouse Mommy Dah Try Eyeshadow Palette Yang Best & Pigmented Ni
Raya kan sebulan, kali ni memang banyak dapat jemputan rumah terbuka. Hujung minggu je mesti ada jemputan. Kebetulan Mouse Mommy ada join workshop makeup product dari England yang baru je masuk Malaysia iaitu w7.
Produk dia memang menarik untuk look yang pelbagai, dari sweet ke bold semuanya memang boleh.
Dalam banyak produk yang Mouse Mommy cuba, Mouse Mommy suka dia punya eyeshadow palette yang mana dalam satu case tu ada 12 warna bermula dari light shade sampailah ke dark shades.
Paling paling best, review Mouse Mommy lepas je apply memang dah tak ada isu caking. Eyeshadow nampak sangat pigmented tau. Memang hot lah!
Sebab ada mix and shimmer shades, eyepalette ni sesuai untuk transitioning dan defining korang punya look.
Packaging pun ‘kurus’ je, masuk dalam beg pun tak adalah makan ruang sangat kan?
Artikel asal: Mouse Mommy Treats