KL Tower Mini Zoo Lokasi Menarik Di Menara Kuala Lumpur
Bosan la asyik ajak keluar je mesti lepak mall. Nak pulak kalau duduk KL. Bersepah mall, sampai tak tahu dah nak pergi mall yang mana satu.
Haa, dah tak payah pening nak pergi mana sebab korang boleh pergi je KL Tower Mini Zoo yang berada dekat bawah Menara KL. Kali ni kita santai-santai je keluar sambil bermesra dengan haiwan.
Dengan tiket serendah RM35 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak, Weekend Treat bawa anak-anak untuk merasa dekat dengan habitat alam semula jadi di tengah kota.
Pelbagai haiwan yang boleh anak-anak jumpa di sini, lebih daripada 60 spesis dengan 8 zon berbeza yang dibina supaya habitat yang tinggal di sini selesa kerana situasinya hampir sama dengan habitat asalnya.
Paling menarik, anak-anak boleh rasai pengalaman bersama-sama haiwan jinak antaranya burung kakak tua, kuda dan banyak lagi. Alpaca pun ada! Dorang juga boleh buat aktiviti macam memancing ikan di Longkang Fishing dan beri makan haiwan .
Pastinya satu pengalaman menarik untuk mereka kan?
Oh ya, kalau korang nak jimat & diskaun berganda boleh beli tiket di aplikasi Klook ya. Setiap pembelian akan dapat coin yang boleh diredeem!
Artikel asal: My Weekend Treat