Momen ‘failed’ AJL34
Okay walaupun Anugerah Juara Lagu atau AJL34 sudah dua hari berlalu, min lihat netizen masih lagi memperkatakan tentang beberapa momen ‘failed’ yang berlaku pada malam anugerah berprestij itu. Biasalah, dalam sesebuah majlis, mesti ada beberapa perkara yang berlaku yang menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati. Okay, so mari kita lihat antara momen failed AJL34.
–> Web: Siti Nurhaliza Buat Kejutan Di AJL34, Peminat Marah Mic Tak Berfungsi https://t.co/VG2dUsBe4R (worth a retweet?) pic.twitter.com/0kWz0EQjnN
— KAT Wear (@KATWear) February 10, 2020
1. Okay yang ni memang isu utama yang menyebabkan peminat penyanyi nombor 1 negara, Dato Seri Siti Nurhaliza marah. Kenapa? Sebab Dato Siti atau lebih terkenal dengan jolokan TokTi yang mempertaruhkan lagu Anta Permana decide supaya Bob Yusof yang menyanyikan lagu tersebut. Tapi, TokTi buat kejutan dengan muncul semasa chorus lagu tersebut. Tapi, apa yang berlaku ialah semasa elok TokTi sedang menyanyi, microphone beliay tidak berfungsi dan suaranya tidak kedengaran. Laaa, dahlah TokTi dah lama tidak menyanyi di AJL, tiba-tiba mic pulak rosak. Namun, maslah tersebut rupanya hanya berlaku dan disedari oleh penonton kaca TV sahaja kerana penonton anugerah itu di Axiata Arena boleh mendengar suara idola mereka itu dengan terang dan jelas. Hmm.
Can I Advise You Something? The Most Rebellious Live Performance On Malaysia Tv Show By #dramaband #ajl34 ??? #najibandrosmah #kitasemuapenghasut pic.twitter.com/hvdh5ARhXG
— Lone X Wolves (@lonexwolves_) February 9, 2020
2. Persembahan kumpulan Drama Band menerusi lagu Drama dilihat agak keterlaluan serta cukup berani apabila menyindir beberapa pihak seperti insiden penarikan semula gelaran Dewi Remaja, insiden seorang PU yang menceraikan isternya yang sedang hamil serta meniru aksi bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan juga isterinya. Biarpun persembahan tersebut sekadar suka-suka dan dibuat atas tujuan hiburan, namun ia dianggap telah menyentuh sensitiviti beberapa pihak. Yelah, isu perli-perli ni lebih-lebih lagi melibatkan individu berpengaruh memang ada kesannya.
One of my favourites too ? Meremang sangat! @ainaabdulmusic #AJL34 pic.twitter.com/loxDvyujDX
— ainiLah (@syafiqaharf) February 10, 2020
3. Persembahan Aina Abdul
Haa yang ni min memang meremang terngok tapi suka sangat sebab memang power! Sebagai seorang bakat baru, persembahan Aina Abdul ni memang hebat apatah lagi dengan suaranya yang memang padu tu. Tapi, sama seperti kumpulan Drama Band, persembahan Aina dikritik kerana dikatakan ada unsur suicidal. Ini kerana semasa sedang menyanyi, gaun serba putih yang dikenakannya itu tiba-tiba dipenuhi darah sebagai simbolik penyesalan atas perbuatannya. Akibatnya, video persembahan tersebut terpaksa dipadamkan daripada YouTube kerana melanggar sensitiviti. Alahai, sabarlah Aina. Yang penting persembahannya dapat standing ovation!
Aku rasa ni AJL paling teruk aku pernah tengok. Dari pengacara bersembang macam lepak Ali, Muthu & Ah Hock, ulas gosip ala ala Melodi, kamera yang melilau macam pontianak terbang, mic Tokti tak function, cerita sponsor lima minit sekali. Aku give up! #AJL34
— buruh, nelayan, dan juga petani (@wonderjah) February 9, 2020
Gabungan tiga pengacara ini iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan juga Haziq Hot.fm dikatakan agak hambar dan membosankan
4. Isu pengacara sesebuah majlis membosankan ini memang bukanlah isu baharu. Ia sering berlaku atas pelbagai sebab dan kali ini ramai yang bersuara tentang gabungan pengacara ini. Ramai juga rupanya netizen yang tidak sukakan gabungan tiga pengacara AJL34 baru-baru ini. Ramai yang cakap pengacaranya terlalu banyak cakap, menyebabkan penonton bosan. Hmm, tugas pengacara ini bukan mudah kerana kita kena sentiasa memastikan aturcara majlis berjalan lancar dan mengikut flow yang betul serta memastikan semua penonton terhibur. Bagi min, okay je pengacara AJL34 kali ini tapi biasalah, lain orang lain cita rasa ye tak?