Tips Masak Pulut Guna Rice Cooker
Nak raya ni, korang dah ada ke menu-menu yang nak dihidangkan nanti? Rendang, lemang, ketupat ah memang sedap. Tambah pula ada pulut kuning. Meriah warna warni meja makan dengan makanan nanti.
Btw, macam mana cara mak mak korang masak pulut? Kalau macam sis, mak sis memang akan kukus je. Tapi fuh lama jugaklah kan.
Tapi kan, Seri Wangi kata boleh je masak pulut guna rice cooker. Semudah ABC je. Caranya:
1. Basuh bersih dan rendam sekejap beras pulut.
2. Masukkan air sedikit parasatas beras pulut, masukkan daun pandan untuk bau lebih wangi.
3. Biarkan pulut masak. Bila rice cooker dah ting sampai warm, kacau pulut yang dah masak tu.
Itu sahaja. Siap untuk dimakan!
Oh ya kalau korang nak pulut tu warna kuning, cara sis masa rendam tu sis letak sikit serbuk kunyit sebagai pewarna. Jangan banyak sangat, nanti orang dulu kata ‘maung’ rasanya.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Keunggulan Wanita