Sajian Zaman Berzaman Penarik Utama Buffet Ramadan Seri Pacific Hotel KL
Bos dah mula suruh cari lokasi buffet untuk buka puasa ofis ke? Kalau korang masih lagi mencari, dan tekak bos pula jenis yang suka makan makanan tradisi, sis rasa sis tahu nak suggestkan korang pergi mana.
Hari tu sis ternampak sharing Best Restaurant to Eat pasal satu buffet Ramadan yang offer pelbagai menu -menu tradisi. Kenalah dengan konsep dorang iaitu Sajian Zaman Berzaman @ Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Dihasilkan oleh Cef Saad Othman dan team, cef memang rekomen korang untuk start buffet dengan benda light-light macam salad dan ulam-ulaman yang boleh dicicah dengan pelbagai sambal contoh macam sambal belacan, cencalok, budu, tempoyak cili dan sambal gesek.
All-time favourite dekat sini sepanjang bulan Ramadan ialah Sup Gear Box Power, Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan dan must tries Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Nasi Arab, Ikan Merah Panggang ala Portugis dan macam-macam lagilah.
Ada juga seaffod segar yang boleh korang try. Dessert Melayu tradisional macam Serawa Durian, Pulut Hitam, Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah & Bubur Jagung.
Yang penting tak perlu tergesa-gesa makan, sebab dekat sini ada surau yang boleh korang solat dulu.
Semua unlimited dengan harga RM150 untuk dewasa. Untuk tempahan boleh hubungi 03-40425555 atau www.seripacifichotel.com
Artikel asal: Best Restaurant to Eat