Mask Bunga Cantik, Koleksi Baru Yang Korang Tak Nak Terlepas Untuk Ada
Dulu, penggunaan sheet mask tak meluas macam sekarang. Sekarang ni pun, mask dah berevolusi. Ada yang jenis liquid dan ada juga dalam bentuk sheet.
Sekarang ni jugak, ramai dah sedar yang sheet mask ni banyak membantu dalam dapatkan kulit yang sihat & glowing. Jadi dorang akan masukkan dalam skincare routine dorang sekurangnya 2 kali seminggu.
Dah nak raya ni, confirm kena jaga muka kan? So Betty nak share dengan korang yang suka kumpul dan beli benda gegurlz gegurlz macam tu, ada satu mask yang bertemakan bunga.
Yang Betty in love pasal mask ni bukan setakat packaging dia yang comel tu, tapi juga sebab nutrisi yang ada dalam sheet mask ni buatkan kulit Betty nampak lebih sihat. Banyak improvement la kiranya.
Dihasilkan dengan produk semula jadi terbaik, korang akan dapat kulit yang korang impikan. Sebab esen yang disediakan cukup untuk korang sapu dekat kawasan muka dan leher.
Ada 3 jenis yang boleh korang try out;
Swiss Edelweiss Anti-Oxidizing Mask
French Calendula Soothing Mask
Damask Rose Hydration Mask
Mana boleh beli? Cari je dekat Guardian, Shopee, Lazada, Hermo dan Aeon Wellness. Mesti ada. Masa promosi nanti boleh stock up untuk dapatkan kulit cantik masa raya. Berseri-seri gitew.
Artikel asal: Betty’s Journey