Kuku dah cantik lepas manicure tapi kena jangkitan? Alamak , macam mana ni?
Perempuan dan cantik memang tidak boleh dipisahkan. Min sendiri cukup suka memanjakan diri dengan pergi ke salon rambut untuk menukar gaya atau warna rambut. Adakalanya, min akan pergi ke salon kuku untuk mencantikkan kuku. Kadang-kadang tu tak perlu diwarnakan pun, cukup sekadar dikilatkan dan kuku nampak cantik serta bersih.
Okay, tapi ramai yang tak tahu rawatan kuku sebenarnya boleh menyebabkan jangkitan. Eh, yeke? Alamak seramnya. Yalah, kuku dah cantik-cantik tetapi tiba-tiba berpenyakit pula. Macam mana tu?
Tapi, jangan risau sebab jangkitan sebegini boleh dielakkan. Berikut min share kepada anda bagaimana nak dapatkan kuku cantik tanpa jangkitan kuman. Jom baca!
– Ambil tahu peralatan yang digunakan salon
Sebelum berkunjung atau pun menempah slot untuk mencantikkan kuku, pastikan uols ambil tahu tahap kebersihan salon tersebut. Jangan pergi salon sebarangan! Kalau barangan yang digunakan tidak dibersihkan dengan betul, memang uols akan terdedah dengan jangkitan kuman. Jadi, telefon dulu salon atau boleh google untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Atau, mungkin boleh tanya dan dapatkan rekomendasi kawan-kawan yang pernah pergi ke salon itu. Prevention is better than cure!
– Tanya prosedur pembersihan
Kalau tak tanya, tak tahu. Malu bertanya sesat jalan. Jadi, tanya sahaja apa jua soalan yang membelenggu diri. Ya, min tahu memang anda akan kelihatan merimaskan dan annoying tapi itu lebih baik kan daripada terkena jangkitan? Haa tanya betul-betul kaedah pemotongan kuku dan juga kaedah pembersihan alatan yang digunakan salon, okay?
– Elakkan luka terbuka
Teknik pemotongan yang salah akan menyebabkan berlakunya luka terbuka atau open wound. Semasa orang salon sedang memotong kuku anda, pastikan ia dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak berlakunya luka terbuka. Kalau anda rasa tak selesa atau sakit, jangan takut untuk suarakannya.
– Jangan potong kuku terlalu pendek
Ingatkan pekerja salon supaya tidak memotong kuku anda terlalu pendek. Hal ni kerana kuku yang terlalu pendek akan menyebabkan kuku tumbuh ke dalam kulit lalu memudahkan jangkitan. Eh, seramnya.
– Guna alatan dengan lembut
Perasan tak, beberapa salon akan menggosok atau mengikis kulit di sekitar bahagian kuku bagi membuang sel kulit mati? Sel kulit mati yang dibuang ini akan menjadikan bahagian sekitar kuku terlihat kemas dan licin. Tapi, haa jangan tak tahu, teknik membuang sel kulit mati ini juga perlu betul ya. Ini kerana teknik yang kasar akan menyebabkan kulit terkopek dan lebih mudah berlakunya jangkitan. Oleh itu, pastikan salon yang dikunjungi menggunakan metal file yang betul dengan kaedah yang lembut.
Okay, lepas ni kalau pergi buat kuku tu jangan main buat je tau. Banyak perkara perlu dititikberatkan. Selamat ber-manicure!